PEEK-A-BOO
APRIL 2015
SANDAL-OE? SHOE-DAL? ENTAHLAH. APA PUN, KAMI JAMIN PEREKA- PEREKA MUSIM INI CUBA MENYAMPAIKAN ‘PESANAN RINGKAS’ YANG LELAKI TIDAK SEHARUSNYA MENGEHADKAN DIRI DENGAN GAYA BERKASUT LITUP. HMM… MENYUNTIKKAN ‘KEJUTAN’ PADA HUJUNG KAKI?
Gila agaknya lelaki akan membuat pedicure? Rasanya tidak mungkinlah! Namun, lelaki perlu pertimbangkan fasal menjaga hujung kakinya kerana gaya kasut menutup kaki diketepikan oleh pereka-pereka kali ini. Mencadangkan idea alas kaki gabungan kasut dan sandal membuatkan lelaki lebih ‘self- conscious’.
Potongan sandal lelaki yang ada elemen pada kasut dan digabungkan dengan elemen sandal pada bahagian tapak, memberi nafas baru tentang mainan aksesori lelaki. Ada pereka yang memadukannya dengan gaya kasual… bagi kami, ia padanan bijak. Namun sesetengah pereka pula cuba memadukannya dengan look semi-formal atau workwear, mencadangkan inovasi. Cubaan untuk ada kelainan dan masih nampak ‘cohesive’.

Idea gaya ketara musim panas yang dipersembahkan Salvatore Ferragamo menyaksikan rekaan alas kaki yang mencedok perincian fringes yang kita lihat pada kasut formal lelaki lazimnya. Dicantumkan dengan tapak sandal, membuahkan sesuatu yang segar buat lelaki.

Balmain pula sedikit ‘agresif’. Olivier Rousteing barangkali memikirkan faktor kegilaan lelaki terhadap but hi cut, lantas menyuntik elemen potongan tersebut pada setiap sudut rekaan alas kakinya… dan hanya meninggalkan hujung kaki terbuka. Literally, a shoe-sandal?

Trend ini sama dilihat di atas pentas KTZ di London. E Tautz pula mengilhamkan sesuatu yang sporty, di mana sandal lelakinya seperti ada cerminan rekaan kasut tinju dan sneakers, terutama sekali pada bahagian tongue dan upper. Cuma bahagian tapaknya terbuka, lantas menjadikannya sandal.

TIP: Tiba masa untuk fokuskan faktor keselesaan yang bukan hanya pada bahagian atas tubuh sahaja, malah hujung kaki juga.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN
Sebagai pengarah kreatif generasi baharu, M. Shaffuan hadir dengan bakat, idea segar serta perspektif kreatif yang sentiasa melangkaui kebiasaan.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF
Setelah lebih sedekad meniti dunia fesyen lelaki moden, Zaid Arif, pengasas Zeve, membuktikan bahawa dunia kreatifnya tidak terhad kepada satu cabang.
GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE
Dengan identiti segar dan pendekatan yang seiringan dengan budaya lelaki moden, ALL LOVE kini menjadi antara jenama tempatan yang cukup dekat dengan generasi muda.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR
Ketekunan Ashraf Anuar menjadi peneraju utama disebalik kejayaan SVG Worldwide.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK” – YM TENGKU BAKAR
YM Tengku Bakar hadir dengan penuh gaya tersendiri, menjadikannya salah seorang lelaki berpengaruh dalam dunia fesyen.










