Skip to content

Hatta Dolmat Raya

RAIKAN PAGI RAYA 2024 BERSAMA HATTA DOLMAT

Kongsikan artikel ini

Hatta Dolmat mempersembahkan koleksi baju raya bertemakan Pagi Raya untuk meraikan kehadiran Aidilfitri 2024 dengan penuh bergaya.

Bulan Syawal bakal tiba tidak lama lagi. Pereka fesyen tempatan, Hatta Dolmat tidak ketinggalan mempersembahkan koleksi Hari Raya terbaharu untuk lelaki dan wanita. Hatta Dolmat mementaskan koleksi terbaharu melalui pertunjukan fesyen yang diadakan seawall 7:30 pagi. Tahun ini, “Pagi Raya” diangkat sebagai tema utama untuk meraikan kehadiran Aidilfitri 2024.

hatta Dolmat

Hatta Dolmat yang tidak asing dengan keunikannya pada kali ini membuat kelainan dengan mengadakan pertunjukan fesyen pada awal pagi Isnin demi menyelami konsep ‘Pagi Raya’. Tahun ini, Hatta Dolmat mempersembahkan 9 rekaan Raya Luxe untuk koleksi wanita dan 5 rekaan untuk koleksi lelaki Raya Luxe. Sementara itu, terdapat siri koleksi sedia pakai atau ready-to-wear (RTW) yang terdiri daripada 43 rekaan untuk wanita dan 24 rekaan Kurta lelaki.

Inspirasi Alam Semulajadi Hatta Dolmat

Koleksi bertema Tropika EmBloom’ diilhamkan oleh keindahan alam semulajadi yang telah dihayati oleh Hatta semasa menjelajah di sekitar Malaysia. Antaranya seperti Gunung Alai di Gerik, Air Terjun LataGapi, Air Terjun Batu Bertengkek, Air Terjun Sungai Pisang, Air Terjun Kedondong, Air Terjun Kanching, dan Lata Medang Kuala Kubu Bahru di Selangor.

Dari semua tempat ini, Hatta mengambil setiap unsur tropika seperti bunga, rama-rama, dedaun hijau, dan juga Rafflesia dari Gunung Alai. Ia hidup di habitat-habitat tersebut untuk dilukis secara organik oleh Hatta sendiri dan dimasukkan dalam koleksi penuh sebagai motif rekaan. Terdapat 5 motif keseluruhan, iaitu motif batik, motif tropika, 2 motif abstrak moden (HD Jamais Vu dan HD Tassel) dan motif songket. Untuk koleksi ini, Hatta menggunakan satin Amerika untuk koleksi wanita sementara kain cotton untuk koleksi lelaki.

“Hatta masuk ke dalam hutan dan lihat betapa indahnya pemandangan alam semula jadi. Hatta terfikir untuk kongsi pengalaman itu dengan semua.,” kata Hatta Dolmat. “Mesej yang hendak disampaikan disini adalah jagalah kesihatan mental. Take care of your mental health. Dengan apa yang berlaku sekarang, mental health sangat penting. ‘Explore the nature’. Itu mesej yang Hatta hendak sampaikan daripada koleksi Raya 2024 ini.,” tambah Hatta Dolmat.

Koleksi Raya Luxe terbaru Hatta Dolmat boleh didapati dengan membuat temujanji bersama mereka. Sementara, Koleksi RTW Raya di laman web rasmi Hatta Dolmat (hattadolmatofficial.com) pada awal Mac 2024. Juga di stor pop-up di MyTown Cheras bermula 21 Mac 2024.

Saiz yang tersedia adalah dari S hingga XXL. Peminat boleh mendapatkan Koleksi RTW ini dengan harga bermula dari RM139 untuk Kurta lelaki dan RM339 untuk baju kurung wanita. Walau bagaimanapun, untuk Koleksi Luxe, harga bermula dari RM2,500 untuk wanita dan RM1,300 untuk lelaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

raya Nadhir Nasar

SEMBANG RAYA BERSAMA NADHIR NASAR

Bacaan Lanjut
dekorasi raya

3 IDEA INSPO RAYA UNTUK DEKORASI RUMAH BAWAH RM100

Bacaan Lanjut
lagu raya 2024

8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut
JUNG KOOK UNTUK CALVIN KLEIN

JUNG KOOK HANGATKAN KEMPEN CALVIN KLEIN

Bacaan Lanjut