Skip to content

SELEBRITI LELAKI HOLLYWOOD YANG MENDOMINASI FESYEN 2025

SELEBRITI LELAKI HOLLYWOOD YANG MENDOMINASI FESYEN 2025

Kongsikan artikel ini

Fesyen selebriti lelaki terus mencuri perhatian di karpet merah dan acara global sepanjang tahun 2025, membuktikan mereka ialah ikon fesyen. 

Tahun 2025 menyaksikan evolusi fesyen lelaki Hollywood ke tahap yang lebih berani, eksperimental dan penuh karakter. Jika sebelum ini gaya lelaki sering disandarkan kepada potongan klasik dan palet warna neutral, kini selebriti lelaki tampil lebih ekspresif. Mereka juga semakin bijak bermain dengan tekstur, siluet dan personaliti yang tersendiri. Dari karpet merah Met Gala hingga front-row pertunjukan couture, nama-nama ini bukan sekadar pelakon atau penyanyi—mereka kini ikon gaya yang mencorak naratif baru fesyen maskulin.

#1 Harris Dickinson

SELEBRITI LELAKI FESYEN 2025

Harris Dickinson muncul sebagai wajah baharu fesyen 2025. Minimalis tetapi penuh edge. Dia kini semakin mengukuhkan statusnya sebagai ikon gaya lelaki moden dengan estetika “Hollywood leading-man meets boardroom top-guy,”. Jaket kulit, kemeja kasual dan siluet rapi menjadi DNA gayanya. Dalam siri premiere dan photocall, termasuk untuk filem Babygirl dan The Iron Claw, Harris sering tampil penuh kasual tetapi kemas. Gaya beliau menyampaikan mesej yang jelas bahawa lelaki boleh tampil elegan tanpa memerlukan gaya flamboyant atau experimental. Sebaliknya, keyakinan, kesederhanaan dan tailoring premium sudah cukup untuk meninggalkan impak. Kesimpulannya, Harris Dickinson bukan sahaja memakai pakaian— dia menghidupkan semula era fesyen maskulin klasik dengan sentuhan moden, menjadikannya ikon gaya elegan Hollywood untuk tahun 2025.

#2 Jonathan Bailey

SELEBRITI LELAKI FESYEN 2025

Pelakon berbakat ini bukan sahaja melakar nama menerusi Bridgerton dan filem blockbuster Wicked. Tetapi, dia turut dikenali melalui gaya elegan yang sofistikated. Jonathan sering memilih tuxedo moden, fabrik satin, velvet dan aksesori minimal. Gayanya memberi definisi baru kepada maskuliniti. Halus, refined tetapi tetap kuat. 2025 turut menjadi tahun besar untuk Jonathan Bailey. Bukan sahaja kerana kejayaan profesionalnya tetapi juga kerana beliau dinobatkan sebagai “People Magazine’s Sexiest Man Alive”. Ia menandakan statusnya sebagai ikon budaya pop dan fesyen. Sepanjang musim tayangan perdana filem Wicked: For Good, Jonathan memperlihatkan transformasi gaya yang berani. Antaranya penampilan serba hitam yang menjadi perbualan media fesyen kerana gabungan aura seksi, klasik dan moden.

Di Paris, beliau memilih sut dari Balenciaga walaupun kita masih menantikan koleksi menswear khas pertama Pierpaolo Piccioli ketika itu. Penampilan Jonathan memberikan bayangan bagaimana sentuhan Piccioli mungkin diterjemahkan ke dalam mens tailoring. Jonathan sering memilih gaya yang membenarkan elemen teatrikal, dan kemeja ini jelas mengekalkan naluri tersebut. Ini membuktikan anak seni ini tidak takut bermain dengan motif, tekstur dan estetika maskuliniti kontemporari. Keseluruhannya, Jonathan Bailey mendefinisikan semula gaya lelaki Hollywood moden: halus tetapi berani, elegan namun playful, dan sentiasa mempunyai cerita tersendiri di sebalik setiap penampilan.

Baca: 6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025

#3 A$AP Rocky

A$AP Rocky kekal sebagai fashion king dalam industri global. Sebagai Met Gala Co-Chair 2025, Creative Director Ray-Ban dan duta Chanel, dia bukan sekadar memakai fesyen. Dia mencipta arah baharu fesyen. Rocky selesa bereksperimen dengan skirt, layering ekstrem, aksesori chunky dan warna-warna bold, menjadikannya lambang fesyen avant-garde yang memecahkan stereotaip lelaki dalam dunia gaya. Di Met Gala 2025 dengan tema “Superfine: Tailoring Black Style,” A$AP Rocky sekali lagi membuktikan statusnya sebagai peneraju fesyen lelaki global apabila tampil dalam rekaan miliknya sendiri dari label AWGE. Penampilan ini dipuji ramai penerbitan fesyen sebagai antara gaya lelaki paling kuat pada malam itu. Sepanjang kariernya, Rocky sentiasa menolak sempadan gaya: daripada kilt, cape dramatik, hingga tailoring avant-garde. Ini menjadikannya simbol kebangkitan maskuliniti moden yang berani bermain dengan siluet dan tekstur. Kesimpulannya, A$AP Rocky bukan sekadar mengikuti trend, tetapi mencipta definisi baharu tentang apa itu gaya lelaki kontemporari — berani, berakar budaya, dan sentiasa berevolusi.

#4 Robert Pattinson

SELEBRITI LELAKI FESYEN 2025

Ikon filem, ikon gaya. Robert Pattinson membuktikan bahawa fesyen tidak semestinya flamboyan untuk memberi impak. Gayanya ringkas tetapi penuh karakter: tailoring longgarkan dari Dior, coat oversized dan rona klasik seperti kelabu, hitam serta navy. Aura misteri dan effortless-nya membuatkan setiap kemunculan terasa timeless—seolah-olah masa tidak pernah menyentuhnya. Sepanjang 2025, Robert Pattinson terus menegaskan kekuatan gaya peribadinya. Dia sentiasa berada di antara dua dunia: edgy dan klasik. Di tayangan perdana Mickey 17, beliau tampil dalam look Dior Men double-breasted termasuk momen blazer tanpa kemeja, memberikan aura “timeless but daring”.

Kini, ia juga menjadi antara signature dirinya di red carpet. Namun dalam konteks festival seperti Cannes 2025, Pattinson menunjukkan sisi berbeza. Dia memilih chinos, kemeja ringkas, serta sneakers seperti Converse klasik, membuktikan bahawa gaya kasual mewah (“casual high-end”) mampu kelihatan yakin tanpa perlu terlalu terancang. Kesimpulannya, Robert Pattinson membuktikan bahawa estetika “timeless classic with a twist” masih relevan untuk lelaki moden yang mahukan gaya elegan tanpa perlu bergelumang dengan flamboyan atau eksperimen keterlaluan.

#5 Jacob Elordi

jacob elordi glam lelaki

Dengan populariti yang mendadak, Jacob Elordi mengukuhkan statusnya sebagai trendsetter. Sama ada di Venice Film Festival atau jalanan New York, Jacob sentiasa kelihatan seperti editorial bergerak. Tahun 2025 menampilkan Jacob Elordi sebagai simbol fesyen lelaki dengan estetika “oversized tailoring & relaxed luxury” yang semakin menjadi trend global. Di beberapa acara utama, beliau memilih coat serta sut longgar daripada Bottega Veneta dengan bahu lebar, lapels tebal dan seluar wide-cut.

Dalam festival seperti Venice Film Festival buat filem Frankenstein, Jacob menyalurkan aura bintang filem klasik dengan gaya travel-chic. T-shirt putih ringkas dipadankan dengan slouchy trousers. Serta, kaca mata hitam vintage, menjadikan gaya santai tampak mahal dan effortless. Namun, di red carpet lebih formal, beliau tetap menunjukkan versatiliti dengan tuxedo Bottega Veneta berpotongan klasik tetapi dengan struktur yang lebih lembut dan moden. Secara keseluruhan, Jacob Elordi berjaya menghidupkan semula siluet lelaki tinggi dengan pendekatan relaxed tailoring — menjadikannya inspirasi ideal untuk lelaki yang mahu tampil kemas, cool, dan bergaya tanpa terikat pada norma “slim & fitted.”

Baca: 5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025

#6 Timothée Chalamet

timothee chalamet glam lelaki

Tiada senarai fesyen tanpa Timothée Chalamet. Beliau terus menjadi wajah revolusi fesyen lelaki berani, romantik dan sinematik. Baru-baru ini di Oscars 2025, Timothée Chalamet sekali lagi mencuri perhatian apabila muncul dalam tuxedo kulit rona butter yellow rekaan Givenchy by Sarah Burton. Satu pilihan yang tidak konvensional bagi karpet merah formal, tetapi tepat dengan identitinya sebagai figura muda yang eksperimental.

Tidak lama kemudian, dia mencetuskan perbualan fesyen apabila hadir di karpet merah Los Angeles dalam full bright leather look warna oren bersama pasangannya, Kylie Jenner. Dia memadukan unsur streetwear, glam, couture dan attitude — gaya yang hanya berkesan kerana keyakinan, konsistensi estetik dan personaliti yang berani. Semenjak beberapa tahun lalu, Timothée sudah terkenal sebagai sosok yang menggoncang norma suit and tie standard, termasuk di Met Gala. Kesimpulannya, Timothée Chalamet terus menjadi wajah evolusi fesyen lelaki moden — membuktikan bahawa red carpet bukan lagi ruang formal tetapi kanvas ekspresi kreatif.

#7 Alexander Skarsgård

Alexander membawakan aura Scandinavian minimalism ke pusat perhatian Hollywood. Fabrik berkualiti tinggi, warna neutral dan potongan clean lines mencipta gaya yang matang dan maskulin. Alexander Skarsgård membawa perspektif berbeza tetapi sama radikal dalam evolusi gaya lelaki 2025. Di Cannes Film Festival, beliau mengejutkan ramai apabila tampil dengan thigh-high leather boots dipadukan dengan suit double-breasted dan tie. Satu penampilan provokatif yang bermain antara maskuliniti klasik, elemen subversif dan sentuhan fetish dengan eksekusi yang tetap elegan. Ramai editor fesyen menganggapnya sebagai method dressing.

Gaya yang mencerminkan karakter atau tema filem yang dibintanginya, menjadikan pemilihan fesyen bukan sekadar estetika tetapi naratif. Dengan kombinasi tailoring minimalis, potongan bersih dan elemen yang tidak dijangka, Alexander membuktikan bahawa gaya lelaki matang tidak perlu selamat atau membosankan. Ia boleh kekal sofistikated sambil tetap statement-driven. Kesimpulannya, Skarsgård mewakili spektrum gaya lelaki yang lebih dewasa tetapi berani mengambil risiko — sesuai untuk mereka yang menyukai keseimbangan antara minimalisme dan kejutan visual.

2025 menandakan era baru fesyen lelaki—lebih bebas, lebih avant-garde dan lebih personal. Dari estetika Scandinavian hinggalah couture avant-garde, selebriti lelaki ini bukan sahaja menjadi trendsetter, tetapi pendorong perubahan dalam cara dunia melihat fesyen maskulin hari ini.

Pautan berkaitan: 7 JENAMA FESYEN COOL DARI ASIA TENGGARA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LAKONAN JACOB ELORDI DI FRANKENSTEIN MENARIK MINAT RAMAI

LAKONAN JACOB ELORDI DI FRANKENSTEIN MENARIK MINAT RAMAI

Bacaan Lanjut
8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA

8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA

Bacaan Lanjut

JACOB ELORDI: ‘BAD BOY’ PENCURI HATI

Bacaan Lanjut

GAYA BEST DRESSED LELAKI DI OSCAR 2025

Bacaan Lanjut

A$AP ROCKY BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 24 TAHUN?

Bacaan Lanjut

DOMINASI MUSE LELAKI,KENALI FASHION’S IT-BOYS 2025

Bacaan Lanjut