Skip to content

TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

Kongsikan artikel ini
1 of 3

DI MANAKAH DESTINASI PERCUTIAN MUSIM PANAS KALI INI? TEROKAI TIGA KOLEKSI KHAS MUSIM PANAS UNTUK MELENGKAPI PENAMPILAN HANGAT ‘SUMMER BREAK’ NANTI.

LOEWE PAULA’S IBIZA 2023

Loewe menghadirkan koleksi Loewe Paula’s Ibiza sekali lagi. Masih mengambil tema yang sama iaitu percutian musim panas juga destinasi terhangat pulau Ibiza sebagai inspirasi koleksi. Untuk tahun ini, Loewe mengambil inspirasi dari sifat unik Ibiza itu sendiri, yang mana biarpun ia satu destinasi percutian yang jauh, namun ia merupakan titik pertemuan buat golongan kreatif dan pemuzik. Orang-orang kreatif banyak yang menjadikan pulau itu sebagai ‘rumah’ mereka dan kehangatan destinasi tersebut dirasai oleh kesemua orang serata dunia. 

Terdapat rekaan yang sangat nyaman sekaligus menjadikannya versatil dengan penekanan pada elemen tenunan, jalinan dan tekstur. Selaras dengan identiti pertukangan LOEWE. Rangkaian kemeja polo, skirt, helaian kait dan sebahagian daripadanya terhias dengan tampalan rupa daun yang memberi karakter tersendiri. Tambah hangat lagi, beberapa rekaan yang menampilkan warna-warna terang sebagai trik gaya yang cemerlang. Motif anagram LOEWE dijadikan taruhan utama, terlihat pada denim. Helaian lain seperti top jersi dan skirt sangat ringkas dan selesa untuk digayakan untuk percutian musim panas. Kemeja polo, seluar pendek bermuda dan seluar pendek mikro antara rekaan utama dalam koleksi ini. Memberi lambang kebebasan dan nyaman penggayaan musim panas. 

Banyak aksesori yang sesuai untuk penampilan musim panas. Dan beg tote LOEWE font yang terinspirasi oleh karakter pada pulau Ibiza. Hadir dalam tiga saiz yang berbeza mengikut keperluan masing-masing. 

1 of 3

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KIT WOO KLFW 2026: EKSPLORASI FALSAFAH "NOTHING IS FINISHED"

KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut