Skip to content

VISI BARU STUART VEVERS UNTUK COACH DALAM KEMPEN MUSIM LURUH 2019

Kongsikan artikel ini

Coach sudah pun melancarkan kempen Musim Luruh 2019 mereka dan GL cukup teruja dengan visi baru Stuart Vevers!

Yang nyata, berbanding kempen-kempen sebelum ini, visual musim ini tampak lebih spontan dan bersahaja, dirakamkan sekitar kota New York untuk berkongsi sisi-sisi ikonik NYC, termasuk kawasan Lower East Side, Manhattan Ferry, Jambatan Brooklyn dan Central Park. Kempen ini dibintangi wajah-wajah Coach terkini yang digelar ‘21st Century Dreamers’ merangkumi duta jenama, Michael B. Jordan dan Kiko Mizuhara, juga wajah-wajah baru Yara Shahidi, Jemima Kirke, Lolo Zouaï, Miles Heizer, dan duta Coach terkini, Liu Wen.

Selaku Pengarah Kreatif jenama, Stuart Vevers menggambarkan naratif baru untuk Coach yang lebih berjiwa bebas namun kekal jujur pada nilai, misi dan warisan unik label fesyen berasaskan New York ini. Dan semestinya, visi yang baru menuntut khidmat rakan-rakan kolaborasi yang baru: kali ini, Coach merekrut jurufoto ikonik, Juergen Teller, pengarah Todd Tourso (pengarah pilihan Beyonce), penata gaya Venetia Scott, jurumekap Dick Page dan pendandan rambut, Christiaan untuk sama-sama merealisasikan kempen ini.

2 of 10

KEMPEN COACH MUSIM LURUH 2019

Kiko Mizuhara untuk Coach Musim Luruh 2019

2 of 10

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

"HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE." - NINA HASNUL

“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL

Bacaan Lanjut

TRIO BOSS: LORIS KARIUS, MATTEO BERRETTINI & MILES CHAMLEY

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN TERBAIK NADHIR NASAR

Bacaan Lanjut

ASHRAF ANUAR: VISI DAN GAYA DALAM DUNIA FESYEN SVG

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD

Bacaan Lanjut

AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA

Bacaan Lanjut