Skip to content

KALIS AIR, INOVASI KAMERA & KUASA HITAM – iPHONE 7

Kongsikan artikel ini

3126030-iphone-1

Apple kali ini hadir dengan produk terbaru yang penuh dengan kejutan yang mampu membawa anda ke dimensi yang berlainan. Rekaan yang lebih mewah, tambahan rona hitam yang serba eksklusif serta kamera yang bercirikan teknologi tinggi, itulah iPhone 7.

Kunci utama dalam keistimewaan iPhone 7 ini adalah ia bersifat kalis air. Bagi anda yang memang sudah lama menantikan produk Apple yang bersifat begini, ini adalah hadiah buat anda. Bukan itu sahaja malah ia juga hadir dengan dua saiz berbeza, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus juga bersama pilihan warna signature: silver, gold, dan rose gold.

Jika anda seorang yang sukakan dunia fotografi, iPhone 7 ini bersesuaian dengan anda kerana ia dilengkapi dengan dua jenis kamera yang berbeza. Satunya bersifat kamera sudut lebar 12MP dan satu lagi bersifat kamera telefoto 12MP. Tidak kira sejauh mana pun objek yang ingin diambil gambarnya, ia mampu menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi. Selain itu juga, keupayaan bateri yang tahan lama antara kunci utama dalam menjadikan iPhone 7 ini lebih istimewa daripada model sebelumnya.

Menurut laporan dari Apple.com, pre-order bakal bermula pada 9 September dan akan memasuki pasaran US pada 16 September 2016. Malaysia masih lagi tidak menerima sebarang tarikh mengenai kemasukan iPhone 7 di pasaran.

Jadi, apa tunggu lagi? Bersiap sedia dengan kehadiran produk iPhone 7 ini. Ia bakal membawa kejutan pada anda semua. Ucapkan Hello pada teknologi hari ini!

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
BENARKAH PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT MENGURANGKAN BILANGAN SPERMA?

BENARKAH PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT MENGURANGKAN BILANGAN SPERMA?

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut