STATUS TAYANGAN FILEM BEAUTY & THE BEAST AKHIRNYA TERJAWAB

Semalam negara dikejutkan dengan perkhabaran filem romantis yang dinanti-nantikan, filem Beauty & The Beast lakonan Emma Watson ditangguhkan gara-gara isu salah satu babak di dalam filem tersebut yang menimbulkan kontroversi. Tetapi pada hari ini, status tayangan filem itu akhirnya terjawab.


Lembaga Penapisan Filem (#LPF) akhirnya meluluskan penayangan filem Beauty and The Beast dengan klasifikasi P13 dengan sedikit potongan membabitkan adegan homoseksual di dalam filem berkenaan.

Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, pihaknya perlu mengambil perhatian kerana ianya adalah isu sensitif.

Menurutnya, ini adalah susulan pengumuman yang dibuat pengarah filem berkenaan, Bill Condon mengenai adegan ‘gay’ dalam filem tersebut. “Bagaimanapun, tarikh dan lokasi tayangan bukan dibawah bidang kuasa LPF,” katanya dalam satu kenyataan.

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karekter Le Fou merupakan seorang gay.

Sumber: Instagram @malaysia1news

Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Mac 2017

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.