KENALI KHABIB NURMAGOMEDOV, BINTANG BELADIRI MMA ISLAM PERTAMA MEMENANGI UFC

1 of 11

Yang tidak pernah mengenali kini mengaguminya. Yang tidak pernah endah akan asal usulnya kini memujanya. Pertarungan penuh aksi dan emosi UFC yang berlangsung semalam nyata meledakkan nama petarung UFC Rusia, Khabib Nurmagomedov apatah lagi berjaya menundukkan seterunya, Conor McGregor yang dilihat suka melakukan provokasi terhadap Khabib. Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor ditundukkan menerusi ‘submission’ (kuncian) ‘rear naked choke’ pada minit 3.03 pusingan keempat.

Namun apa yang menarik tentang perlawanan semalam adalah pergaduhan luar gelanggang yang tercetus apabila Khabib naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor yang dikatakan mengejek agama dan ayah Khabib. Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.

Dengan memegang rekod kemenangan 27-0, Khabib kini atlet dan petarung UFC paling digeruni. Namun ramai yang tidak tahu asal-usul dan siapakah sebenarnya Khabib Nurmagomedov. GLAM Lelaki, ada perinciannya.

1 of 11

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.