MASALAH KANSER KULIT KEMBALI MENYERANG HUGH JACKMAN

Umum sudah mengetahui yang mana Hugh Jackman sebelum ini pernah menghidapi kanser kulit tetapi kini dia didiagnos sekali lagi akibat kanser yang sama. Oh no! Bintang filem popular yang kini sedang hangat diperkatakan menerusi filem Logan ini berkongsi sendiri akan sel basal karsinoma yang kembali aktif di bahagian lapisan bawah kulitnya menerusi laman Twitter, namun mujurlah sel kanser tersebut baru berada pada tahap awal.

Menerusi laman Twitter, Hugh Jackan berkongsi nasihat serta gambar hidungnya yang berbalut. Hugh turut menegaskan orang ramai supaya menggunakan krim tabir suria.

“Semuanya dalam keadaan baik dan kini kian pulih. Ia merupakan kanser kulit namun ia belum sampai ke tahap berbahaya. Ia adalah normal bagi saya yang mempunyai keturunan dari Australia. Percayalah yang mana sekali anda mengalami masalah sunburn, ia seakan petanda yang anda sudah mempunyai kanser. Saya seorang yang tidak gemar memakai krim tabir suria. Disebabkan itu saya adalah calon tepat untuk mendapat kanser ini,” ujar Hugh Jackman di dalam rancangan Live with Kelly baru-baru ini.

Baru-baru ini, Jackman mengakui yang mana dia sudah pun menjalani rawatan membuang sel kanser kulit itu untuk kali ke-6. Sama-sama kita doakan agar Hugh Jackman cepat sembuh.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 8 Mac 2017

Tags: , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.