Harith Iskander berentap di Final Funniest Person In The World
Tahniah GLAM Lelaki ucapkan kepada Harith Iskander kerana bakal berentap ke pusingan akhir Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland.
Dalam satu temuramah media baru-baru ini, Harith telah berjaya menduduki tempat pertama, dan menewaskan tujuh peserta lain yang mewakili lima buah negara. Selain Harith, turut bertanding adalah empat peserta lain yang dijangka berlangsung esok di venue yang sama.
Jelas Harith lagi, beliau akan cuba membuat jenaka yang terbaik di pusingan akhir nanti dan mengharapkan undian majoriti rakyat Malaysia akan berpihak kepadanya, sekaligus membantunya untuk bergelar juara.
“Saya harapkan undian serta doa masyarakat agar saya boleh memenangi pertandingan ini. Amin,” katanya. Tahniah sekali lagi kami ucapkan dan semoga berjaya Harith Iskander.
Rakyat Malaysia boleh mengundi Harith di laman sesawang yang tertera. Undian dikira melalui LIKE, FOLLOW atau SHARE.
Photo credit: Harith Iskander FB page
Tags
Artikel Yang Berkaitan
20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan, GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party 2024 bersama Coach Malaysia yang telah berlangsung di KLoe Hotel KL.
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN
FRED Jewelry barangan kemas berprestij yang mencetus inspirasi mewah dan artistik kini secara eksklusif berada di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT
Dari rawatan kulit terapi cahaya, GLAM Lelaki membariskan 5 cara untuk menghilangkan jerawat pada wajah dengan cepat tanpa parut buat lelaki.
WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON
Koleksi kolaborasi UNIQLO dan JW ANDERSON untuk musim luruh/sejuk 2023 mengambil inspirasi daripada warisan tradisi Britain dan inspirasi kehidupan universiti.
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING
Sempena ulang tahun ke-40 G-SHOCK yang bersejarah, jenama ini singgah ke Kuala Lumpur dalam meneruskan jelajah pop-up di seluruh Asia Tenggara yang bertemakan "Rooted in Toughness" bersama 88rising.