3 JENIS MAKANAN PATUT ELAK KETIKA BERPUASA OLEH COACH YIN

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Di bulan puasa penuh mulia, memang tidak sahtidak memikirkan soal makan ketika berpuasa, tambah pula ketika waktu imsak dan berbuka. Namun, dalam keghairahan mencari hidangan yang menepati selera tekak, pastikan anda mengawal nafsu makan agar tidak melarat kemudiannya. Penjagaan tubuh badan yang sihat bermula daripada hidangan yang kita makan. Buat pilihan berhemat dan jangan gelojoh. GL menghubungi Coach Yin, seorang jurlatih kecergasan yang berpengalaman bertanyakan tentang jenis-jenis hidangan yang sepatutnya dielakkan ketika bersahur bagi memastikan kerja dan fungsi tubuh badan anda kekal mantap sepanjang hari.

1. MAKANAN PEDAS

Orang Malaysia memang tidak boleh lari daripada menggemari hidangan pedas dan berasaskan rempah ratus namun cuba elakkan pengambilan makanan pedas ketika bersahur. Hal ini kerana kandungan rempah ratus akan meningkatkan rasa dahaga sepanjang hari berpuasa. Malah makanan pedas hanya akan menyebabkan badan anda panas dan perut tidak akan selesa apabila masuk pertengahan hari. Oleh itu elakkan pengambilan makanan pedas sewaktu bersahur.

2. MAKANAN BERGORENG

Jika anda mengambil makanan bergoreng ketika perut kosong, ia akan menyebabkan perut menjadi kejang dan kembung kerana kesukaran untuk menghadam. Minyak tidak tepu dalam hidangan bergoreng juga boleh menjejaskan diet dan kesihatan kita.

3. MAKANAN PROSES

Hidangan kegemaran orang bujang ini memang cepat dan senang disediakan. Namun, ia boleh memudaratkan badan anda kerana kandungan perisa, pewarna dan garam yang terlalu tinggi. Malah, jika diambil ketika bersahur ia akan menyebabkan badan lesu.

Olahan Wan Mohd Firdaus, 19 Jun 2017

Artikel disumbangkan oleh Mohd Tishrin Mohd Adanan, atau lebih dikenali Coach Yin, seorang jurlatih kecergasan yang berpengalaman malah pernah menyertai kelas kecergasan & pemakanan bina badan anjuran Majlis sukan negara (MSN). Instagram: @coach_yin | Facebook: Coach Yin. Gambar: Shamsul Aqbary @tegaptvmalaysia. 

Tags: , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.