INI KESAN BURUK DUDUK SEJURUS SELEPAS BERSENAM

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on StumbleUpon

Penat dan mengah seringkali jadi alasan utama kenapa seseorang akan terus duduk selepas bersenam mahupun workout. Tetapi tahukah anda, rutin kebiasaaan ini sebenarnya boleh membawa kesan buruk kepada tubuh badan anda dalam jangka masa lama. Ya, walaupun anda merasakan dengan duduk sementara mampu merehatkan tubuh badan, namun sebenarnya ia dapat memberikan kesan kepada otot.

Berdasarkan kajian dari Liz Letchford, pakar pencegahan kecederaan dari ATC menyatakan duduk secara santai sejurus selepas bersenam mampu memberikan kesan ketidakseimbangan otot dan kekejangan. Walaupun anda tidak akan merasainya pada waktu itu, namun otot anda tidak mampu untuk tumbuh dengan baik. Atas sebab itulah ramai di kalangan kita mengalami sakit-sakit otot setelah melakukan rutin senaman selama 1 hingga 2 tahun, dan akhirnya berhenti kerana mengalami kecederaan otot dan sendi.

Jelasnya lagi, ‘bila anda tidak benar-benar melakukan proses penyejukkan diri selepas latihan secara intens, tubuh anda akan menegang. Dan ini menyebablan proses pemulihan selepas latihan berlaku dengan perlahan. Selain itu, pembentukan asid laktik dalam otot membuatkan anda merasa sakit dan letih untuk beberapa hari akan datang.”

Oleh itu, sesi penyejukan diri memberikan anda kesempatan bagi memanfaatkan asid laktik dalam otot. Anda disarankan untuk melakukan rutin penyejukan diri (cool down) selama 5 ke 10 minit selepas bersenam bagi membantu meningkatkan fleksibiliti otot dengan melakukam pelbagai gerakan dalam mengurangkan risiko kecederaan. Elakkan dari terus duduk! Lakukan rengangan kaki, bahu, punggung dan lengan dalam posisi berdiri selama 5-7 minit. Cara ini juga sesuai membantu menurunkan suhu badan.

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 28 Ogos 2017

 

 

Tags: , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.