SENTUH adalah satu perniagaan startup baharu sepenuhnya milik bumiputra yang menghubungkan pelanggan dengan terapis kesihatan yang terlatih. Industri kesihatan dan spa semakin mendapat permintaan yang tinggi di masa kini. Kekangan masa dan kesukaran untuk ke spa atau pusat terapi sering menjadi penghalang untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan terapi dan spa yang baik. Bagi memenuhi kehendak pasaran, SENTUH mendekati pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan spa dan terapi di rumah, hotel atau pejabat disamping mengekalkan pengalaman mewah seperti di pusat spa.

Pelanggan hanya perlu membuat tempahan yang mudah dan cepat menggunakan laman web dan aplikasi telefon yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Terapis akan mendapat notifikasi tempahan dan maklumat yang dibekal pelanggan seperti lokasi, masa dan jenis perkhidmatan. Seterusnya, terapis akan mengesahkan tempahan dan bersedia dengan kelengkapan spa untuk menuju kepada pelanggan. Sentuh mensasarkan 100 orang terapis pada 2019 dan komited untuk melatih terapis muda dari kalangan B40 dan mahu memastikan mereka berjaya menambah pendapatan malah membina karier baharu sebagai terapis profesional.

SENTUH mula beroperasi pada dengan menumpukan perkhidmatan penjagaan kulit muka dan urutan badan di sekitar Lembah Klang dan dalam persediaan mengembangkan perkhidmatan ke bandar-bandar lain dan bakal melancarkan beberapa perkhidmatan baharu pada awal tahun hadapan seperti bekam, urutan sukan, pra-natal, pasca-natal dan fisioterapi.

Sentuh juga berharap lebih ramai terapis lelaki akan menyertai Sentuh bagi memenuhi kehendak pasaran dari golongan lelaki. Pelanggan lelaki mengalami kesukaran untuk mendapatkan servis spa kerana industri ini kian didominasi oleh golongan wanita. Sentuh percaya bahawa terdapat ramai terapis lelaki yang berbakat di luar sana tetapi mempunyai kekangan ruang untuk membina karier dan sering terikat dengan stigma bahawa profesyen ini hanya untuk wanita.

Buat kaum lelaki pula, tidak dinafikan ramai yang masih punya stigma tentang urutan dan fasial yang hanya untuk wanita. Namun dengan adanya SENTUH, anda sendiri boleh merasai perkhidmatan ini di dalam rumah anda tanpa perlu rasa segan mahupun malu. Jom layari sentuh.my untuk menempah sesi rawatan anda hari ini!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 Disember 2018