JAKET BOMBER
APRIL 2016
DEK PERMINTAAN GAYANYA YANG TIDAK PERNAH LUPUS, MASUK MUSIM BARU, IA MASIH GAH DIPERSEMBAHKAN. BUKAN SUT PENUH CORAK ATAS BAWAH ATAU BAJU YANG SAIZNYA BESAR BUKAN KEPALANG. DI SINI, KAMI BERCAKAP TENTANG JAKET BOMBER!
Penuh feed Instagram dengan gambar Justin Bieber ke pertunjukan Saint Laurent Paris di Los Angeles bersama papan luncur dan berjaket bomber merah floral Saint Laurent Paris. Agak aneh untuk mengakuinya… but man, he looks good!
Biarpun Bieber sebenarnya ringkas sahaja tetapi jaket bomber yang disarungnya itu ada impak. Langsung, jaket bomber masih relevan? Jika rata-rata pentas lelaki musim panas dihujani gaya jaket bomber seperti ‘bah’, bermakna ia masih lagi masuk akal. Kami taasub dengan inovasi sekarang yang tidak gagal menggubah orientasi jaket bomber untuk nampak ultra moden daripada sebelumnya.
Bercakap tentang Saint Laurent Paris, Hedi Slimane dan Kim Jones dari Louis Vuitton ada pandangan yang sama. Rekaan jaket bomber mereka seperti sugar and spice – disuntik elemen ‘Californian surfer’ dengan motif ketimuran. Valentino juga turut dicalit rasa ‘Californian surfer’ itu.
Versatile dan lebih komprehensif. Jaket bomber tidak terikat sebagai elemen pada penggayaan kasual sahaja. Dior Homme antara yang menjangkaui batas dengan menampilkan jaket bomber yang begitu teknikal. Misalnya jaket bomber yang direka bulky, siap ada tampalan sulaman bunga pada lengan kerana mahu diasosiasikan dengan kecintaan Christian Dior pada seni taman, dipakai dalam rupa gaya workwear. Looks like you will still be wearing bomber jackets season after season.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SHERIFF: NARKO INTEGRITI LAKAR KEJAYAAN LUAR BIASA
Belum dua minggu ditayangkan di pawagam, filem terbaru arahan Syafiq Yusof ini sudah pun meraih kutipan RM35.3 juta.
MICHELLE YEOH BAKAL DIKURNIA PINGAT TERTINGGI OLEH PRESIDEN JOE BIDEN
Tan Sri Michelle Yeoh bakal menyertai senarai penerima Pingat Kebebasan Presiden tersohor dunia termasuk Mother Teresa, John F Kennedy, Bill Clinton dan Stephen Hawking.
PELAN PEMAKAMAN RAJA CHARLES, ‘OPERATION MENAI BRIDGE’ DIKEMAS KINI
Operation Menai Bridge dikemas kini dengan kerap susulan tahap kesihatan Raja Charles yang dikatakan semakin merosot.
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG MEI 2024
Tahun 2024 teryata memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem hebat dan menghiburkan.
TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Barisan selebriti dan pempengaruh media sosial telah hadir untuk memeriahkan #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 tahun ini dengan meriah. Bertemakan 'Mismatched Chaos', para tetamu yang hadir telah menunjukkan penampilan dan gaya yang unik.
FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH
Perkongsian Instagram terbaru Justin Bieber mengundang rasa bimbang di kalangan peminatnya.