Skip to content

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG MEI 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG MEI 2024

Kongsikan artikel ini

Tahun 2024 memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem hebat dan menghiburkan.

Berbanding tahun lalu, filem yang ditayangkan di layar perak tahun ini lebih meriah dan pelbagai dengan genre yang menepati cita rasa semua lapisan penonton.

Pada suku pertama tahun 2024, penonton disajikan dengan karya mantap daripada genre aksi, romantis hingga seram. Antaranya The Beekeeper, Pendekar Awang, The Fall Guy, Exhuma dan tentunya Dune: Part Two yang ditunggu-tunggu.

Lihat pula barisan filem yang bakal menghiburkan anda pada bulan Mei 2024

1. TAROT

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG MEI 2024

Tarikh tayangan: 1 Mei 

Pelakon: Avantika Vandanapu, Jacob Batalon, Olwen Fouéré, Harriet Slater

Sinopsis: Apabila sekumpulan anak muda melanggar peraturan suci bacaan Tarot, mereka secara tidak sengaja melepaskan kejahatan yang terperangkap dalam kad sumpahan itu. Seorang demi seorang mula berdepan dengan nasib buruk yang mungkin berakhir dengan kematian.

 

2. REBEL: BERONTAK UNTUK BEROTAK

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG MEI 2024

Tarikh tayangan: 2 Mei

Pelakon: Ben Amir, MK K-Clique, Dato’ Awie, Shikin Kamal, Azlan Komeng

Sinopsis: Luka, seorang pemuda yang berasal dari penempatan setinggan dan serba kekurangan cuba menjalani kehidupan normal. Dalam masa sama dia bermusuh dengan Bono dari zaman remaja selepas Bono dan geng budak nakal cuba merompak gerai ibunya. Kemenangan tidak berpihak kepada Luka tetapi ia menjadi titik perubahan dalam hidupnya. Dia mula memberontak dan menentang ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya.

 

3. CHIEF OF STATION

Tarikh tayangan: 3 Mei

Pelakon: Aaron Eckhart, Olga Kurylenko, Alex Pettyfer

Sinopsis: Selepas mendapat tahu bahawa kematian isterinya bukan berpunca daripada kemalangan, seorang bekas Ketua Stesen CIA terpaksa kembali ke dalam dunia penyiasatan dan bekerjasama dengan musuh untuk membongkar konspirasi yang mencabar pengetahuannya.

 

4. KINGDOM OF THE PLANET OF THE APES

Tarikh tayangan: 8 Mei

Pelakon: Freya Allan, Lydia Peckham, Owen Teague, Kevin Durand, Dichen Lachman

Sinopsis: Bertahun-tahun selepas pemerintahan Caesar, seekor beruk meneruskan perjalanan di mana ia mula mempersoalkan semua yang dipelajarinya tentang masa lalu. Dalam pada sama ia perlu membuat pilihan yang akan menentukan masa depan spesiesnya dan umat manusia.

 

5. IF

Tarikh tayangan: 17 Mei

Pelakon: John Krasinski, Ryan Reynolds, Emily Blunt, Cailey Fleming, Steve Carell, Awkwafina

Sinopsis: Selepas seorang gadis menyedari kebolehannya melihat rakan khayalan semua orang, dia memulakan pengembaraan ajaib untuk menghubungkan semula rakan khayalan yang telah dilupai dengan pemilik mereka.

 

6. FURIOSA: A MAD MAX SAGA

filem 2024

Tarikh tayangan: 24 Mei April

Pelakon: Anya Taylor-Joy, Chris Hemsworth, Tom Hardy, Nicholas Hault, Yahya Abdul Mateen II

Sinopsis: Diculik dari Green Place of Many Mothers, Furiosa yang ketika itu masih kecil jatuh ke tangan segerombolan penunggang motosikal yang diketuai panglima perang Dementus. Sewaktu menyusuri Wasteland, mereka menemui Citadel yang diketuai oleh Immortan Joe. Malangnya Furiosa terperangkap di tengah-tengah peperangan kala kedua-dua pihak bertempur untuk merebut kuasa.

 

Pautan berkaitan: 5 FILEM MISTERI PEMBUNUHAN TERBAIK WAJIB TONTON

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

Bacaan Lanjut
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA FEBRUARI 2024

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU PERTAMA 2024

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU PERTAMA 2024

Bacaan Lanjut
TRANSFORMASI CHRIS HEMSWORTH DALAM FILEM FURIOSA: A MAD MAX SAGA

TRANSFORMASI CHRIS HEMSWORTH DALAM FILEM FURIOSA: A MAD MAX SAGA

Bacaan Lanjut
JENNIFER GARNER BUAT KEMUNCULAN EPIK SEBAGAI ELEKTRA DALAM DEADPOOL 3

JENNIFER GARNER BUAT KEMUNCULAN EPIK SEBAGAI ELEKTRA DALAM DEADPOOL 3

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN PERTAMA JOAQUIN PHOENIX DALAM JOKER: FOLIE À DEUX DIDEDAHKAN

PENAMPILAN PERTAMA JOAQUIN PHOENIX DALAM JOKER: FOLIE À DEUX DIDEDAHKAN

Bacaan Lanjut