Skip to content

KEPULANGAN ZLATAN IBRAHIMOVIC KE SKUAD KEBANGSAAN SWEDEN DIIRINGI AIR MATA

KEPULANGAN ZLATAN IBRAHIMOVIC KE SKUAD KEBANGSAAN SWEDEN DIIRINGI AIR MATA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Selepas lima tahun mengumumkan persaraan, Zlatan Ibrahimovic kembali membuat penampilan bersama skuad kebangsaan bola sepak Sweeden.

Dan kali ini menerusi sidang media pertamanya, Ibrahimovic menunjukkan sisi dirinya yang lebih sensitif ketika bercakap mengenai reaksi anaknya apabila dia terpaksa meninggalkan keluarga untuk kembali menyertai skuad kebangsaan.

Penyerang veteran berusia 39 tahun yang dikenali dengan sifat bongkak dan kasar itu dilihat menitiskan air mata apabila disoal pihak media mengenai dua anak lelakinya, Maximilian dan Vincent. Masing-masing berusia 15 dan13 tahun.

 

Foto: Caughtoffside

 

“Vincent menangis saat saya meninggalkan rumah,” jawabnya sebak lalu menitiskan air mata. Dia ditemani oleh jurulatih Sweeden, Janne Andersson ketika itu. Katanya, kepulangannya ke Sweeden tidak mudah bagi keluarganya.

Ibrahimovic merupakan penjaring gol terbanyak dengan 62 gol menerusi 116 perlawanan dan digelar sebagai ‘pemain bola sepak terbaik Sweeden sepanjang zaman’.

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

the weeknd KL

PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!

Bacaan Lanjut

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut