Presage Sharp Edged GMT Pendamping Petualang Dunia
Tampil punya kelainan dari segi teknikal, mekanikal serta bajet bagi seutas jam tangan bergaya sporty, barisan Presage Sharp Edged GMT kini diperkembang dengan kemudahan fungsi GMT bagi mendampingi petualang dunia.
Tahun lalu, barisan Presage mengalukan penampilan siri rekaan terbarunya yang menjunjung kesenian serta kekuasaan ketukangan Jepun. Jam tangan Sharp Edged Series kreasi Seiko tampil merakamkan kesederhanaan dan kehalusan estetika tradisional Jepun dengan dail bertekstur halus lalu disempurnakan dengan konstruksi rekaan case berbucu yang lebih moden.
Kesinambungan siri jam tangan ini, hari ini, dibentangkan dengan empat model terbaru yang menawarkan kemudahan fungsi GMT. Sekali gus, Presage Sharp Edged GMT memaparkan kemahiran pembuatan jam tangan tradisional Seiko yang memadukan kesenian ketukangan Jepun yang agung.
Nama Menceritakan Kisahnya
Susuk profil Presage Sharp Edged GMT tampil tajam dengan garis rekaan yang tegap. Permukaannya pula diolah dengan konstruksi rekaan berbucu. Tali gelang jam tangannya direka semula bagi mengimbangi kedinamikan struktur case bersama cuping jam yang digubah bersudut. Juga bertujuan untuk memusatkan kemodenan susuk reka bentuknya.
Keunggulan kejuruteraan menerusi teknik kemasan gilap, menonjolkan siluet case yang kontras dengan kemasan hairline mencipta efek berbilang dimensi. Manakala, paparan indeks masa direka untuk membolehkan biasan ilusi cahaya merentasi segenap laman dail kerana ia diolah dengan dua kemasan berbeza. Satunya, bertekstur di bahagian atas dan digilap di bahagian sudut tepinya.
Malah jarum GMT ini digubah dengan reka bentuk yang lebih tajam untuk dipadankan dengan struktur case-nya yang bersudut. Keempat-empat jam tangan tampil disempurnakan dengan lapisan yang teguh bagi melindungi kesluruhan case serta tali gelang daripada calar dan memberikannya keteguhan yang tahan lama.
Kesemua model terbaru ini menampilkan laman dail bercorak Asanoha atau daun hemp yang halus. Corak ini digunakan dalam fabrik Jepun sejak zaman Heian lebih seribu tahun yang lalu. Corak geometrinya bernada garis tajam dan tekstur memberikan efek yang sentiasa berubah bila cahaya bermain merentasi setiap sudut. Setiap dail tampil dalam warna tradisional Jepun yang berbeza; Aitetsu, atau indigo iron, Tokiwa, warna pokok malar hijau, Sumi-iro, nada dakwat hitam Jepun, dan Hihada-iro, warna coklat kemerahan yang pertama kali diperoleh daripada kulit pokok cemara Jepun.
Caliber 6R64 untuk Petualang Internasional
Keempat-empat model Presage Sharp Edged GMT ini dikuasakan oleh lapan denyutan sesaat GMT Caliber 6R64. Jarum GMT pada setiap satunya dipaparkan dalam warna yang berbeza. Bertujuan untuk menonjol kejelasannya dari balik laman setiap dailnya. Di samping itu, jarum minit dan jam serta blok indeks masa tampil disuntik lapisan Lumibrite untuk memastikan kebolehbacaan yang maksimum.
Jarum GMT juga boleh digunakan sebagai indikator dwi masa, dengan jarum jam boleh dilaraskan walaupun jarum minit dan saat terus menandakan masa. Cincin dail digarap dalam dua warna untuk memisahkan waktu malam dan siang. Tarikh ditunjukkan pada sub-dail pada kedudukan jam enam dan terdapat penunjuk rizab kuasa pada posisi jam sembilan.
Barisan terbaru ini diperkemas dengan permukaan kristal nilam pada hadapan serta di bahagian belakang yang mendedahkan keindahan kaliber nya. Keempat-empat jam tangan ini boleh didapati di Butik Seiko serta butik afiliasi terpilih di seluruh dunia sejak Mei 2021 lalu.
Pautan berkaitan: GL HOROLOGI; ARLOJI DI KARPET MERAH MET GALA 2021
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.
JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Chopard memperkenalkan koleksi jam tangan terbarunya di Watches & Wonders 2025, menampilkan rekaan mewah dan ketukangan tinggi.
KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS
Koleksi jam tangan mewah, terutamanya Rolex milik TMJ Tunku Ismail Idris yang penuh elegan cukup untuk menggemburkan industri fesyen.
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA
Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini.
7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH
Duta jenama buat jam tangan mewah sememangnya penting dalam melambangkan jam tangan, satu item fesyen yang cukup maskulin.
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.