THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023
Untuk edisi digital September 2023, GLAM Lelaki mempersembahkan pelakon kacak penuh bakat, Fattah Amin yang sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu dalam kerjaya dan juga kehidupannya sebagai seorang suami serta bapa.
Bakat lakonan milik lelaki berusia 32 tahun ini tidak perlu disangkal lagi. Dari barisan siri drama hangat kepada filem blockbuster pecah panggung, Abdul Fattah Mohd Amin atau popular dengan nama pentas Fattah Amin tidak mahu lagi berhenti dengan pencapaian yang telah dikecapinya setakat ini. Kini, pelakon “Mat Kilau” ini sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu dalam kerjaya dan juga kehidupannya sebagai seorang suami kepada Nur Fazura dan bapa kepada Nur Fatima Aisya.
GLAM Lelaki berkesempatan untuk menemu bual bersama Fattah Amin untuk edisi digital September 2023:
1. Fattah Amin dalam 3 patah perkataan.
Adventurous, considerate dan inquisitive.
2. Apakah perkara yang ramai tidak tahu mengenai Fattah Amin?
Saya seorang yang sangat mementingkan quality over quantity. Serta saya tak suka melakukan sesuatu perkara yang sama. Pada saya, saya mahu sentiasa nak capai sesuatu yang baharu dalam hidup ini.
3. Apakah perkembangan terkini anda?
Sekarang, saya masih lagi dalam proses menghabiskan baki penggambaran untuk sebuah filem epik yang masih dirahsiakan.
4. Apakah projek seterusnya buat anda?
Insya-Allah saya akan muncul dalam sebuah filem seram yang bakal keluar tidak lama lagi. Apa yang menarik adalah ia merupakan filem pertama saya bersama produksi dari Indonesia. Hampir keseluruhan proses penggambaran dijalankan di Jogjakarta, Indonesia bersama dengan seorang pengarah yang terkenal dari seberang.
5. Apakah pencapaian yang paling membanggakan sebagai anak seni?
Pencapaian yang paling membanggakan sebagai anak seni adalah memenangi trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.
6. Siapakah idola Fattah dalam industri lakonan?
Sudah pastinya legenda agung perfileman negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
7. Apakah maksud ‘lelaki’ pada Fattah?
Lelaki adalah seorang khalifah dan juga pelindung.
8. Stigma tentang lelaki yang anda mahu ubah?
Lelaki tidak boleh malu. Perkara ni memang dari kecik lagi susah saya nak buang tapi itu tak bermaksud ia menjadi penghalang untuk kita mengejar cita-cita. You must fight assumptions and doubts about yourself.
9. Current playlist?
Current playlist saya adalah lagu-lagu daripada Maher Zain.
10. Hobi baharu yang anda suka atau mahu cuba tahun ini?
Sukan berkuda. Saya sudah mula berjinak dengan sukan horse riding. Dan saya teringin juga untuk lebih mahir dalam sukan memanah berkuda.
11. Apakah perubahan yang paling ketara selepas bergelar seorang bapa?
Masa. Sekarang, kebanyakan daripada masa saya habiskan untuk bersama keluarga. Selepas bergelar bapa, hilang terus definasi ‘lepak’ dalam kamus hidup saya. Hari ini saya hanya akan keluar jika ada keperluan.
12. Apakah perkara yang anda belajar daripada Nur Fatima Aisya?
Fatima mengajar saya untuk bersabar dalam banyak perkara. Dan pada masa yang sama, saya sangat terhibur dengan keletah Fatima yang menjadi penghibur untuk kami sekeluarga.
13. Perkara yang anda belajar daripada Fazura selepas berkeluarga?
Menjadi pasangan yang sentiasa ada pada setiap masa. Fazura mengajar saya untuk berkongsi dalam setiap perkara, rasa susah dan senang bersama. Saya juga banyak terinspirasi pada Faz yang bersifat pemurah, sangat mementingkan kegembiraan pada orang terdekatnya serta mementingkan suasana yang positif di sekelilingnya.
14. Tiga perkara yang anda tidak suka?
Saya tidak suka orang menunggu saya, tak suka dimalukan dan saya tidak suka membuang masa.
15. What’s next for Fattah Amin?
Saya masih berusaha untuk menjadi ‘Best Actor’ dan pada masa yang sama kini saya sudah menjinakkan diri untuk menjadi penerbit dan pengarah. Hampir kebanyakan video kempen di bawah jenama FAZURA adalah diarahkan oleh saya. Saya sangat passionate melakukannya. Bersama isteri, kami sama-sama sedang fokus untuk meluaskan lagi empayar perniagaan kami. Bukan sahaja di Malaysia malah berkembang ke luar negara.
pengarah kreatif AIZAT AIDID teks, penyelaras & penata gaya MUZAMMIN MUZLAN arahan seni AMIRUL ARIFIN gambar AARON LEE/ LENSWORKS STUDIO solekan SAHIR SABRI dandanan CODY CHUA pelatih amali ZAHIRAH ZULKHAIRI & NUR NUTAILAH pakaian DIOR, LOUIS VUITTON, LOEWE & MOSCHINO
Baca lebih lanjut: “EXPECT SOME MUSIC FROM ME THIS YEAR!” – SEAN LEE, GLAM LELAKI JULAI/OGOS 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 DRAMA TERBAIK LAKONAN FATTAH AMIN
Aktor berusia 34 tahun ini telah membintangi pelbagai naskah hebat yang melonjakkan namanya dalam industri hiburan tanah air.
5 DUDA ‘HOT & AVAILABLE’ PILIHAN RAMAI DI MALAYSIA
Industri hiburan Malaysia kini dibanjiri jejaka-jejaka kacak, lebih-lebih lagi yang bergelar duda hot, menjadi pilihan ramai. Dalam dunia yang penuh dengan pelbagai pilihan, ada kalanya kita terpesona dengan figura-figura yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Di kalangan lelaki yang sudah bergelar duda, terdapat segelintir yang mampu mencuri perhatian ramai bukan hanya dengan penampilan, tetapi juga dengan…
TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Barisan selebriti dan pempengaruh media sosial telah hadir untuk memeriahkan #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 tahun ini dengan meriah. Bertemakan 'Mismatched Chaos', para tetamu yang hadir telah menunjukkan penampilan dan gaya yang unik.
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN DIOR MEN WINTER 2024 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Dior Men Winter 2024 oleh Pengarah Kreatif, Kim Jones. Saksikan secara livestream pada 19 Januari 2024 bersempena Minggu Fesyen Paris.
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN LOUIS VUITTON MEN FALL WINTER 2024 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Louis Vuitton Men Fall Winter 2024 oleh Pengarah Kreatif, Pharrell Williams. Saksikan secara livestream pada 17 Januari 2024 bersempena Minggu Fesyen Paris.
“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024
Untuk edisi digital Januari 2024, GLAM Lelaki menampilkan hero Malaya berbakat, Aiman Hakim Ridza yang bakal menimang cahaya mata kedua bersama aktres jelita, Zahirah MacWilson pada tahun ini.