STRAY KIDS KINI DUTA ASIA TOMMY HILFIGER
Memiliki bakat luar biasa dalam bidang nyanyian dan tarian, Stray Kids sering mencuri perhatian dunia dengan fesyen hebat yang ditampilkan.
Justeru tidak menghairankan apabila Stray Kids dilantik sebagai Duta Asia Tommy Hilfiger untuk kempen fesyen akan datang. Berita itu diumumkan menerusi satu perkongsian di laman sosial pada 11 September.
Kumpulan yang dianggotai lapan ahli itu dipilih membintangi kempen Musim Luruh 2023 ‘Always Together’. Bangchan, Lee Know, Hyunjin, Felix, Changbin, Han, Seungmin dan I.N. juga ditampilkan dalam seksyen berbeza di laman sesawang termasuk Tommy Families, Everyday Essentials dan Tommy Tartan.
Menurut Tommy Hilfiger, kempen tersebut meraikan nilai jenama dan inklusiviti dengan memberi fokus pada keluarga, elemen yang diwakili kumpulan itu.
Stray Kids Mengambil Alih Industri Fesyen
Selain bergelar Duta Asia Tommy Hilfiger, kumpulan itu juga menjalin kolaborasi dengan pelbagai jenama. Jun lalu mereka dilantik sebagai duta jenama SLBS untuk kempen ‘Star To Galaxy’. Mereka turut mengeluarkan produk dengan kerjasama Samsung.
Ahli kumpulan ini juga menonjol secara individu. Hyunjin dinamakan sebagai duta global baharu Versace pada bulan Julai, menjadikannya artis K-Pop pertama meraih pencapaian itu.
Digambarkan sebagai ‘lelaki Versace sejati’ oleh ketua pegawai kreatif, Donatella Versace, dia dijangka muncul dalam kempen Holiday 2023 jenama itu pada bulan November.
Felix pula dipilih sebagai duta Louis Vuitton pada bulan Ogos. Jenama itu menyifatkannya sebagai artis berbakat yang dihormati di peringkat antarabangsa kerana kecemerlangannya.
Foto: Tommy Hilfiger
Pautan berkaitan: SUGA BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA BAHARU NBA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
4 GAYA FESYEN BLUE PONGTIWAT PILIHAN GLAM LELAKI
Bintang Thailand, Blue Pongtiwat akan membuat penampilan istimewa pada 24 May ini untuk meraikan pelancaran butik Prada di The Exchange TRX.
H&M DENGAN RABANNE UMUM KERJASAMA CIPTA HELAIAN INSPIRASI DISKO 70-AN
Khabar angin itu benar! H&M bekerjasama dengan Rabanne untuk mengeluarkan koleksi yang meraikan glamour yang bersahaja sesuai untuk lelaki mahupun wanita!
5 PENAMPILAN TERBAIK SELEBRITI LELAKI DI PARIS FASHION WEEK 2024
Paris Fashion Week menjadi finale yang sempurna untuk pertunjukan fesyen di seluruh dunia. Ini penampilan selebriti terbaik bagi GLAM Lelaki.
5 SEPATU BOOT LELAKI TERBAIK MESTI MILIKI
Sepatu boot kini dilihat bukan sahaja kasut praktikal, malah ia sebagai aksesori fashion statement yang meningkatkan lagi penampilan keseluruhan lelaki sambil memberikan keselesaan dan fungsi.
BTS KONGSI PERJALANAN HIDUP & KERJAYA DALAM SIRI DOKUMENTARI TERBARU
Walaupun sibuk dengan latihan ketenteraan wajib, BTS terus menghiburkan peminat dengan pelbagai rancangan hebat termasuk dokumentari terbaru.
BTS MENANG BESAR DI PEOPLE’S CHOICE AWARDS
Kumpulan K-Pop tersohor dunia, BTS sekali lagi mencipta sejarah hebat di People’s Choice Awards tahun ini.