8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI
Dari lagu “Alamak Raya Lagi” daripada kumpulan De Fam kepada “Ketipak Ketipung Raya” nyanyia duet Aisha Retno dan Aziz Harun, apakah lagu raya baharu 2024 pilihan anda lebaran ini?
Pejam celik pejam celik, Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Dan, tidak sempurna sambutan lebaran tanpa dendangan lagu-lagu raya yang cukup ikonik dan evergreen sepanjang zaman. Antaranya “Satu Hari Di Hari Raya” nyanyian Datuk M. Nasir, “Balik Kampung” oleh Allahyarham Sudirman dan juga “Sesuci Lebaran” daripada Datuk Sri Siti Nurhaliza.
Dalam meraikan kemeriahan hari lebaran tahun ini, penyanyi-penyanyi tempatan tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan lagu-lagu raya yang baharu. Antara yang awal melancarkan lagu raya baharu adalah kumpulan De Fam. Lagu “Alamak Raya Lagi” yang dinyanyikan oleh Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana ini telah menjadi fenomena dengan lebih 5 juta tontonan di YouTube.
Hael Husaini melancarkan bukan satu, tapi dua lagu raya tahun ini. Penyanyi berbakat itu mengeluarkan lagu “Hari Raya” sebelum melancarkan lagu kedua yang berjudul “Raya Kita Raya”. Pemenang tempat kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL 38), Aisha Retno pula berduet bersama Aziz Harun untuk lagu berjudul “Ketipak Ketipung Raya”.
Lebih istimewa lebaran tahun ini, kumpulan rock legenda, Search turut sama melancarkan sebuah lagu raya buat pertama kali. Selepas 30 tahun penglibatan dalam industri muzik, Search mengeluarkan lagu berjudul “Sujud Aidilfitri” yang diciptakan oleh Jun dan Search sendiri.
Berikut adalah 7 lagu raya baharu tahun ini pilihan GLAM Lelaki:
1. Alamak Raya Lagi – De Fam
2. Hari Raya – Hael Husaini
3. HAHAHAHAHari Raya – Ernie Zakri
4. Jalan-Jalan Hari Raya – Aina Abdul
5. Raya Mana? – Nabila Razali
6. Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno, Aziz Harun
7. Raikan Raya – Syamel
8. Sujud Aidilfitri – SEARCH
Lagu Raya Bonus
Santai Raya – Faizal Tahir & Naqiu
Raya Kita Raya – Hael Husaini
Baca lebih lanjut: RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 LAGU TERBAIK SYAMEL & ERNIE ZAKRI MENURUT GLAM LELAKI
GLAM Lelaki senaraikan 10 lagu terbaik hasil nyanyian Syamel & Ernie Zakri, sama ada secara solo atau duet, yang wajib didengari.
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai dengan koleksi menawan serta kehadiran selebriti-selebriti lelaki Asia yang menawan.
GROOMING LELAKI PALING ‘ON POINT’ DI KLFW 25
Grooming lelaki paling ‘on point’ di KLFW 25, dengan sentuhan fesyen, dandanan rapi & pesona maskulin yang mencuri perhatian sepanjang KLFW.
KLFW 2025 DIBUKA DENGAN PENUH GAYA: MALAM PEMBUKAAN PALING BERGEMA
Malam pembukaan KLFW 2025 disajikan dengan Pretty-Ugly, OUTDWELL dan Rizman Ruzaini yang tampil dengan koleksi streetwear, dan glamor memukau.
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Hael Husaini dan ALVN menjadi antara wajah dari Malaysia yang menghadiri acara Milan Fashion Week Men's SS26 tahun ini.











