Skip to content

CHRISTIANO RONALDO UNGGULI FIFA AWARDS 2016

Kongsikan artikel ini

Selain dari berita membanggakan tentang kejayaan Mohd Faiz Subri membawa pulang anugerah Puskas untuk Kategori Jaringan Gol tercantik buat Malaysia, antara kejayaan lain yang turut menjadi perhatian adalah kemenangan pemain bola popular Portugal, Christiano Ronaldo yang dinobatkan sebagai pemain terbaik FIFA menundukkan pesaing utamanya iaitu Lionel Messi.

Anugerah ini bagi mengiktiraf pencapaian serta prestasi cemerlang Christiano bagi kelab dan negaranya sepanjang tahun 2016.

Sebelum ini, Christiano memenangi anugerah Ballon d’Or setelah mendapat gelaran ketiga dalam Kejohanan Liga-Liga, menerusi 16 gol yang dijaringkannya bagi 12 perlawanan serta kejayaan yang diraih bersama Portugal dalam Euro 2016, iaitu kemenangan besar yang pertama negara itu.

skysports-cristiano-ronaldo-fifa_3867213

Christiano Ronaldo mencium trofi kemenangannya selepas berjaya merangkul anugerah Pemain Terbaik.

“2016 adalah tahun terbaik dalam kerjaya saya. Ini adalah tahun paling menyinar buat saya baik dari segi peribadi mahupun di peringkat sukan,” kata Ronaldo sewaktu menerima trofi oleh Presiden FIFA Gianni Infantino.

Berikut adalah senarai calon dan pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan di FIFA The Best Awards 2016 yang berlangsung pagi tadi (waktu Malaysia).

1. The Best FIFA Men’s Player Award (Nominees: Cristiano Ronaldo, Antoine Griezmann and Lionel Messi)

Winner-  Cristiano Ronaldo (Portugal/ Real Madrid)

2. The Best FIFA Women’s Player Award (Nominees: Melanie Behringer, Carli Lloyd and Marta)
Winner- Carli Llyod (USA)
3.The Best FIFA Men’s Coach Award (Nominees: Claudio Ranieri, Fernando Santos and Zinedine Zidane)
Winner-  Claudio Ranieri (Leicester City)
4. The Best FIFA Women’s Coach Award (Nominees: Jill Ellis, Silvia Neid and Pia Sundhage)
Winner- Silvia Neid
5. The FIFA Puskás Award 2016 (Nominees: Marlone, Daniuska Rodriguez and Mohd Faiz Subri)
Winner- Mohd Faiz Subri
6. The FIFA Fair Play Award
Winner- Atletico Nacional
7. The FIFA Fan Award (Nominees: ADO Den Haag supporters, Borussia Dortmund-Liverpool supporters and Iceland supporters)
Winner- Borussia Dortmund and Liverpool supporters
8. Outstanding Career Award
Winner – Falcao
Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Januari 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

Bacaan Lanjut
7 TEMPAT BERHIMPUN UNTUK MENONTON FIFA WORLD CUP 2026 FINALE DI KL & PJ

7 TEMPAT BERHIMPUN UNTUK MENONTON FIFA WORLD CUP 2026 FINALE DI KL & PJ

Bacaan Lanjut
MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut