Skip to content

JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025

Kongsikan artikel ini

Acara Watches & Wonders 2025 di Geneva sekali lagi menjadi tumpuan para penggemar jam tangan mewah dari seluruh dunia. Pelbagai jenama ternama mempersembahkan inovasi terkini mereka, dan salah satu yang paling mencuri perhatian sudah pasti Chopard. Jenama ini terus mengekalkan reputasinya sebagai peneraju dalam dunia horologi dengan koleksi baharu jam tangan Chopard yang menawan hati.

Tahun ini, Chopard memperkenalkan barisan jam tangannya yang bukan sahaja menonjolkan estetik mewah, tetapi juga menampilkan teknologi terkini serta penggunaan material eksklusif. Dari rekaan sporty, elegan, hingga jam tangan perhiasan bertatahkan berlian, setiap koleksi baharu ini dirancang dengan ketelitian yang luar biasa untuk memenuhi keperluan lelaki moden masa kini.

GLAM Lelaki himpunkan senarai jam tangan Chopard terbaharu yang dipamerkan di Watches & Wonders 2025. Sama ada anda seorang peminat jam teknikal atau pengumpul setia, koleksi ini pasti mempunyai sesuatu yang akan menarik minat anda.

KOLEKSI ALPINE EAGLE JAM TANGAN CHOPARD

Alpine Eagle 33

jam tangan Chopard

Jam sporty elegan dengan gabungan Lucent Steel™ dan emas kuning etika 18K. Dail ‘Vals Grey’ dihiasi berlian, dengan pergerakan automatik Chopard 09.01-C yang tepat. Sesuai untuk lelaki masa kini yang sukakan gaya mewah dan prestasi tinggi.

Alpine Eagle 33 Frozen Topaz Blue

Jam mewah penuh berlian dengan bezel bertatahkan topaz biru. Diperbuat daripada emas putih etika 18K dan dilengkapi pergerakan automatik Chopard 09.01-C. Ilham dari keindahan ais gunung Alps.

Alpine Eagle 41 SL Cadence 8HF Jam tangan Chopard

Edisi terhad 250 unit. Jam paling ringan dalam koleksi Alpine Eagle dengan material seramik titanium dan tali getah. Dail hitam dengan sentuhan oren, pergerakan berfrekuensi tinggi (8 Hz) dan rizab kuasa 60 jam. Sesuai untuk lelaki aktif.

Alpine Eagle 41 XP CS Platinum

Jam sporty mewah dalam platinum dengan dail biru ‘Shades of Ice’. Ultra nipis dengan pergerakan L.U.C Calibre 96.42-L dan rizab kuasa 65 jam. Diperakui COSC dan Poinçon de Genève sebagai simbol kualiti tertinggi.

Alpine Eagle Flying Tourbillon

Jam sporty dalam Lucent Steel™ dengan flying tourbillon ultra nipis. Dail biru dengan bukaan pada jam 6 untuk mempamerkan tourbillon. Rizab kuasa 65 jam, hanya setebal 8 mm, gabungan inovasi, ketepatan dan gaya maskulin.

JAM TANGAN CHOPARD KOLEKSI L’HEURE DU DIAMANT

L’Heure du Diamant

Jam tangan wanita elegan dalam emas ros etika 18K dengan dail malachite dan bezel bertatahkan berlian 6.85 karat. Dikuasakan oleh pergerakan automatik Chopard 09.01-C, lambang keanggunan abadi.

L’Heure du Diamant: The Precious Hours Set

Koleksi eksklusif 12 jam tangan dalam emas putih etika, dengan dail batu hiasan unik seperti mother-of-pearl, jade, onyx, turquoise dan lain-lain. Dilengkapi pergerakan manual ultra nipis Chopard 10.01-C.

Jam tangan Chopard L’Heure du Diamant Moonphase

L’Heure du Diamant Moonphase Jam tangan Chopard

Jam dengan paparan fasa bulan pada dail kaca aventurine biru. Dihiasi berlian, dengan pergerakan Chopard 09.02-C yang hanya memerlukan pelarasan selepas 122 tahun. Gabungan sempurna antara kecantikan dan ketepatan.

KOLEKSI L.U.C JAM TANGAN CHOPARD

L.U.C Full Strike Revelation

Jam minute repeater edisi terhad 20 unit dengan gong sapphire lut sinar. Diperbuat daripada emas kuning etika 18K. Menampilkan pergerakan L.U.C 08.01-L dengan sijil COSC dan Poinçon de Genève. Gabungan bunyi sempurna, inovasi dan keindahan mekanikal.

L.U.C Heritage EHG Moon 122

jam tangan Chopard L.U.C Heritage EHG Moon 122

Jam edisi terhad 20 unit sempena ulang tahun Geneva School of Watchmaking. Fasa bulan ultra tepat, dail biru aventurine dengan hiasan buruj dan bumi. Dikuasakan pergerakan manual L.U.C 63.04-L.

L.U.C Quattro – Mark IV

Jam tangan dengan kuasa 9 hari, pergerakan Chopard Quattro. Dail biru minimalis, rekaan lebih nipis dan dianugerahkan Poinçon de Genève. Hadir dalam emas ros etika 18K dan platinum.

L.U.C Quattro Spirit 25 – Straw Marquetry Edition

jam tangan Chopard L.U.C Quattro Spirit 25 - Straw Marquetry Edition

Jam unik dengan dail anyaman jerami Burgundy. Komplikasi jam loncat dengan kuasa 8 hari, edisi terhad 8 utas. Simbol gabungan seni halus dan ketepatan teknikal Chopard.

KOLEKSI HAPPY SPORT JAM TANGAN CHOPARD

Happy Sport (Ornamental Stone Edition)

Tiga jam edisi terhad dengan dail batu hiasan: malachite, aventurine dan lepidolite. Hadir dalam emas etika 18K, bezel bertatahkan berlian, dan dikuasakan pergerakan automatik Chopard 09.01-C. Lima berlian menari bebas di atas dail.

Happy Sport (Khaki Edition) Jam tangan Chopard

Happy Sport (Khaki Edition) Jam tangan Chopard

Jam sporty feminin dengan dail hijau khaki, tujuh dancing diamonds, dan gabungan Lucent Steel™ serta emas ros etika. Dilengkapi pergerakan automatik dan tali kulit coklat matte. Sesuai untuk wanita aktif.

KOLEKSI HAPPY DIAMONDS

Happy Diamonds (Lucky-Charm Animals)

Koleksi loket dan gelang bertemakan haiwan pembawa tuah seperti beruang, gajah, kura-kura, pepatung dan katak. Dihasilkan dalam emas etika, batu semula jadi dan dancing diamonds, simbol kegembiraan dan keberuntungan.

Happy Diamonds Icons (Square Edition)

Rekaan baharu berbentuk segi empat dalam koleksi Happy Diamonds. Tersedia dalam emas kuning dan putih etika dengan dancing diamonds. Terdiri daripada loket, cincin, gelang dan subang bergaya elegan dan moden.

KOLEKSI HAUTE JOAILLERIE JAM TANGAN CHOPARD

Haute Joaillerie

jam tangan Chopard Haute Joaillerie

Jam tangan mewah Chopard dengan rekaan seperti renda, diperbuat daripada emas putih etika dan dihiasi 436 berlian. Model kedua menampilkan dua zamrud Colombia dengan berlian dan tali satin kelabu. Simbol kemewahan, ketelitian dan seni Haute Joaillerie yang luar biasa.

Jam tangan Chopard di Watches & Wonders 2025 membuktikan bahawa jenama ini terus menetapkan standard dalam dunia jam tangan mewah. Setiap koleksi menawarkan kisah tersendiri dari prestasi teknikal, rekaan sporty, hingga keanggunan jam perhiasan. Sama ada anda seorang pencinta horologi atau individu yang menghargai gaya berkualiti, koleksi ini wajib anda miliki tahun ini.

Artikel berkaitan: 7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH

By Farhana Fuad
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA

ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA

Bacaan Lanjut
Chopard Cannes 2025

CHOPARD UNGGULI FESTIVAL FILM CANNES 2025

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI EDITORIAL EKSKLUSIF: AKHYAR RASHID & EYKA FARHANA SELAMAT BERGELAR SUAMI ISTERI

Bacaan Lanjut

8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025

Bacaan Lanjut

HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE

Bacaan Lanjut