G-DRAGON, CL & CLEAN BANDIT GEGARKAN F1 SINGAPORE 2025
Kota metropolis yang tidak pernah tidur ini sekali lagi bersiap sedia menjadi tumpuan dunia apabila Formula 1 Singapore Grand Prix 2025 kembali ke Litar Jalanan Marina Bay, Singapura; sebuah perlumbaan malam yang ikonik, terkenal dengan keindahan visual, cabaran teknikal dan suasana pesta yang tiada tandingan.
Perlumbaan Malam yang Ikonik
Grand Prix Singapura kekal sebagai salah satu acara paling berprestij dalam kalendar F1. Litar Marina Bay sepanjang 5.063 km ini menawarkan selekoh-selekoh mencabar yang menguji kemahiran setiap pelumba. Di samping pencahayaan futuristik yang memukau setiap penonton yang sama ada dari tempat duduk grandstand, suite eksklusif mahupun di kaca televisyen seluruh dunia.
Senarai Artis Bertaraf Antrabangsa 2025

Barisan Artis Antarabangsa 2025: K-Pop, Pop & Elektronik
Tahun ini, pentas hiburan Grand Prix Singapura bakal digegarkan oleh gabungan bintang dari dunia K-pop dan muzik pop antarabangsa, membawa dimensi baharu kepada festival perlumbaan ini:
-
G-Dragon (GD) – Legenda K-pop ini kembali ke pentas antarabangsa dengan persembahan eksklusif yang dijangka penuh kejutan.
-
CL – Bekas ahli 2NE1 yang kini bersinar sebagai artis solo, bakal mempersembahkan set penuh gaya, tenaga dan identiti Korea moden.
-
Clean Bandit – Kumpulan elektronik-pop dari UK terkenal dengan lagu-lagu seperti Rather Be dan Symphony, akan menghiburkan ribuan peminat dengan gabungan muzik klasik dan tarian elektronik.
Bersedia Menjadi Sebahagian Daripadanya
Formula 1 Singapore Grand Prix 2025 bukan hanya sebuah acara ia adalah pengalaman. Gabungan kelajuan, gaya, dan suara menjadikan ia sebagai destinasi wajib setiap September.
🎟️ Tiket kini telah mula dijual, dan seperti tahun-tahun sebelumnya, dijangka habis dalam masa yang singkat.
Artikel Berkaitan: M SOCIAL RESORT PENANG: DESTINASI STAYCATION MESTI INAP
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
BIGBANG LANCAR SINGLE BAHARU, ‘BIIIG’ SEMPENA ULANG TAHUN KE-20
Penantian akhirnya berakhir! BIGBANG kembali semula dengan single baharu berjudul "BiiiG" sebagai hadiah ulang tahun ke-20 mereka.
THE ORDINARY BAWAKAN “PORE PLAYGROUND”: MENGUBAH CARA KITA MELIHAT BREAKOUT
The Ordinary hadir dengan kempen baharu, Pore Playground yang bawa realiti tentang masalah kulit dengan lebih terbuka dan diterima.
FIGHTER-FIGHTER MALAYSIA ANDA PATUT KENALI SELAIN KABILAN JELEVAN
Malaysia dipenuhi dengan fighter-fighter yang sering membawa nama negara ke serata dunia dengan bakat mereka yang luar biasa.











