THE BODY SHOP “WRAPPED IN LOVE”, HADIAH YANG PENUH MAKNA PADA MUSIM PERAYAAN INI
Musim perayaan ini, The Body Shop mengajak semua untuk meraikan nya dengan lebih bermakna melalui kempen terbaharu mereka, “Wrapped in Love: Gifts for Good.” Lebih daripada sekadar himpunan hadiah, koleksi kali ini menampilkan mesej tentang kasih sayang, komuniti, dan tanggungjawab sosial. Nilai yang telah menjadi tunjang utama jenama ini selama hampir lima dekad.
HADIAH DAN SUMBANGAN
Di sebalik setiap pembelian, The Body Shop mengukuhkan misinya sebagai perniagaan yang menjadi “kuasa untuk kebaikan.” Di Malaysia, setiap perbelanjaan RM100 akan menyumbang RM1 kepada tiga pertubuhan tempatan iaitu Tenaganita, Yayasan Chow Kit, dan Hopes Malaysia. Melalui inisiatif ini, pelanggan bukan sahaja berkongsi kegembiraan musim perayaan, tetapi turut membantu melindungi wanita dan memperkasakan komuniti luar bandar, serta menyediakan pendidikan dan tempat perlindungan untuk kanak-kanak yang memerlukan.

AROMA EDISI TERHAD UNTUK DETIK BERHARGA
Tahun ini, The Body Shop memperkenalkan tiga haruman baharu yang diinspirasikan oleh kehangatan dan keceriaan musim perayaan:
-
Caramel Cuddle – gabungan manis karamel, vanila dan badam panggang yang menghadirkan rasa nyaman dan tenang.
-
Cranberry Crush – campuran kranberi beku, oren darah dan daun pudina untuk aroma segar yang membangkitkan semangat.
-
Sugarplum Passion – sentuhan buah plum, raspberi dan bunga magnolia yang menggoda dan menyeronokkan.
Setiap koleksi hadir dalam variasi body butter, body yogurt, shower gel, mist dan hand balm. Sekali gus menjadikan ritual penjagaan diri sebagai satu bentuk kasih sayang terhadap diri sendiri.

GIFT COLLECTION 2025
Koleksi hadiah tahun ini merupakan yang terbesar pernah diperkenalkan oleh The Body Shop. Setiap hadiah dipilih khas untuk memberi lebih daripada sekadar kegembiraan. Ia menyampaikan mesej tentang masa depan yang inklusif dan lestari. Selaras dengan falsafah jenama The Body Shop yang memperkasakan komuniti dan memelihara alam sekitar.
Sebagai tanda penghargaan, pelanggan yang berbelanja RM500 ke atas akan menerima Limited-Edition Holiday Scarf eksklusif. Direka dengan simbol kasih dan kreativiti. Skarf satin ini boleh digunakan semula sebagai furoshiki wrapping atau aksesori penggayaan.

“Wrapped in Love: Gifts for Good” bukan sekadar kempen musim perayaan . Ia satu gerakan kecil yang mengingatkan kita tentang kuasa memberi, kasih sayang, dan tanggungjawab sosial. Dengan gabungan aroma hangat, reka bentuk mesra alam, dan misi kemanusiaan yang jelas, The Body Shop terus membuktikan bahawa kecantikan sejati datang daripada hati yang ikhlas untuk memberi.
Artikel Berkaitan: KEMPEN SLOWVEMBER THE ORDINARY BESERTA PANDUAN MEMBELI-BELAH
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
BIGBANG LANCAR SINGLE BAHARU, ‘BIIIG’ SEMPENA ULANG TAHUN KE-20
Penantian akhirnya berakhir! BIGBANG kembali semula dengan single baharu berjudul "BiiiG" sebagai hadiah ulang tahun ke-20 mereka.
THE ORDINARY BAWAKAN “PORE PLAYGROUND”: MENGUBAH CARA KITA MELIHAT BREAKOUT
The Ordinary hadir dengan kempen baharu, Pore Playground yang bawa realiti tentang masalah kulit dengan lebih terbuka dan diterima.
FIGHTER-FIGHTER MALAYSIA ANDA PATUT KENALI SELAIN KABILAN JELEVAN
Malaysia dipenuhi dengan fighter-fighter yang sering membawa nama negara ke serata dunia dengan bakat mereka yang luar biasa.











