AW25 SELECTS: ECCO PERKENALKAN KOLEKSI AUTUMN/WINTER 2025
Musim perayaan kali ini, ECCO Malaysia memperkenalkan koleksi Autumn/Winter 2025 (AW25 Selects). Satu himpunan rekaan yang menggabungkan kemewahan Scandinavia dengan kepraktisan moden. Dikenali dengan “crafted for everyday journeys”. ECCO terus mengekalkan reputasinya sebagai jenama yang memahami gaya hidup lelaki dan wanita masa kini: ringkas, elegan dan serba berfungsi.
REKAAN UNTUK KEHIDUPAN SEHARIAN YANG AKTIF
AW25 Selects menampilkan seleksi kasut dan aksesori kulit yang direka untuk setiap langkah harian. Daripada rutin kerja hingga hujung minggu santai. Setiap rekaan menonjolkan keaslian kulit premium, teknologi inovatif dan keselesaan yang bertahan sepanjang hari. Antara sorotan utama koleksi ini:
ECCO SCULPTED ALBA 65 W BOOT
Boot bertumit moden yang direka untuk keseimbangan antara gaya dan keselesaan. Diperbuat daripada kulit lembut premium dengan tumit 65mm, rekaan ini memberi sentuhan yakin dan feminin yang sesuai untuk gaya kerja mahupun hujung minggu.

ECCO METROPOLE OSLO M GTX BOOT
Untuk lelaki berjiwa urban yang aktif, but ini direka khas dengan teknologi GORE-TEX® kalis air. Sesuai untuk semua keadaan cuaca. Gabungan gaya minimal dan fungsi tahan lasak menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang sentiasa bergerak.

ECCO METROPOLE SEOUL 45 W
Kasut formal wanita dengan garisan bersih dan lapisan lembut yang memberikan keselesaan maksimum. Rekaan serba boleh ini sesuai untuk digayakan dari pejabat ke acara sosial tanpa kompromi pada gaya.

ECCO METRO MILAN M CHELSEA
Versi moden bagi Chelsea boot klasik. Diperbuat daripada kulit mewah dengan panel elastik di sisi untuk pemakaian mudah. Chelsea boot klasik ini membawa gaya urban yang elegan dan sofistikated.

ECCO ESSENTIAL BACKPACK L
Backpack kulit besar yang menggabungkan fungsi dan fesyen. Reka bentuk minimalis dengan ruang penyimpanan luas menjadikannya aksesori sempurna untuk lelaki moden yang menghargai keseimbangan antara praktikaliti dan gaya.

ECCO FORTUNE BAG L
Beg harian berstruktur lembut yang membawa sentuhan elegan moden. Direka dengan kulit premium dan kapasiti luas, ia sesuai untuk mereka yang menghargai keanggunan tanpa berlebihan.

Musim perayaan kali ini, ECCO mengajak anda meraikan gaya dan keselesaan dengan makna sebenar. Hadiah terbaik bukan sekadar sesuatu yang cantik, tetapi yang memberi rasa yakin setiap kali melangkah. Koleksi Autumn/Winter 2025 kini boleh didapati di butik terpilih dan dalam talian di my.ecco.com, bermula 1 November 2025 dengan promosi eksklusif musim perayaan.
Artikel Berkaitan: ESSENTIAL WARDROBE 2025: 10 ITEM ASAS SETIAP LELAKI PERLU ADA UNTUK GAYA VERSATIL
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE FACE OF ALPHA? SIAPA ARAFF DI SEBALIK GELARAN ‘VISUAL’?
Kenali Araff di sebalik gelaran ‘Visual’ ALPHA, daripada gaya dan karakter hingga perjalanan membina identiti dalam kumpulan.
HAEL HUSAINI, PERJALANAN MUZIK, SEBUAH PERJALANAN DIRI
Bagi Hael Husaini, perjalanan dalam muzik bukan sekadar tentang mengejar pencapaian, tetapi proses yang membentuk dirinya sebagai pemuzik.
ARMANI BEAUTY I WILL BAWA VISI MASKULINITI BAHARU KE SURIA KLCC
Armani beauty mengajak peminat wangian lelaki meneroka sisi baharu maskuliniti menerusi I WILL fragrance pop-up.
10 OUTFIT YANG MENCURI PERHATIAN DI VMAS 2026
Disebalik kehebatan video muzik, MTV VMAs 2026 juga meraikan outfit selebriti penuh megah.
GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE
GLAM Lelaki kembali dengan kategori eksklusif buat GL The Man Awards 2026, Style's Choice bersama Co-Chair yang akan diumumkan nanti.
AIM25: SITI NURHALIZA RAIH DUA ANUGERAH UTAMA, AISHA RETNO DINOBATKAN ALBUM TERBAIK
AIM25 melabuhkan tirai dengan meraikan barisan nama besar serta bakat generasi baharu yang mewarnai industri muzik tempatan.











