Skip to content

omega seamaster planet

PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI

Kongsikan artikel ini

Berita gembira buat peminat Park Bo-Gum! Dia kini secara rasmi dilantik sebagai duta jenama OMEGA. 

Pelakon Korea Selatan yang memenangi pelbagai anugerah, Park Bo-gum, kini secara rasmi dilantik sebagai Duta Jenama OMEGA. Pelantikan ini menandakan satu pencapaian penting dalam kerjayanya apabila dia menyertai barisan duta global OMEGA yang terdiri daripada nama-nama besar dunia seperti George Clooney, Nicole Kidman, Eddie Redmayne, Naomi Harris, Daniel Craig dan Hyun Bin. Kesemua duta ini dipilih kerana bakat luar biasa serta karisma tersendiri yang sejajar dengan nilai dan identiti jenama OMEGA.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif OMEGA, Raynald Aeschlimann, menyatakan bahawa Park Bo-gum merupakan seorang pelakon yang sangat disayangi oleh penonton dari pelbagai peringkat usia. Menurut Raynald, daya tarikan semula jadi, kemahiran lakonan yang cemerlang serta kepelbagaian watak yang dibawakan Park Bo-gum menjadikannya pilihan yang tepat. Minat tulen aktor ini terhadap jam tangan dan dedikasinya terhadap seni lakonan turut menarik perhatian OMEGA sejak sekian lama.

omega park bo gum

park bo gum omega seamaster

Park Bo-gum pula meluahkan rasa terharu atas pelantikan tersebut. Dia berkongsi bahawa pengalaman melihat sendiri jam tangan OMEGA dari dekat serta mempelajari sejarah dan ketukangan jenama itu memberi kesan yang mendalam kepadanya. Bagi Park, menjadi duta OMEGA merupakan satu penghormatan besar dan peluang untuk berkongsi falsafah serta nilai jenama tersebut dengan masyarakat global.

Portfolio cemerlang sebagai bintang lakon

Sejak debut dalam filem Blind pada tahun 2011, Park Bo-gum telah membina reputasi kukuh menerusi drama popular seperti Reply 1988 (2015) dan Love in the Moonlight (2016). Baru-baru ini, dia terus membuktikan kehebatan lakonannya menerusi siri Netflix When Life Gives You Tangerines (2025) serta drama Good Boy (2025), di mana dia membawa watak bekas juara tinju kebangsaan yang mencabar dari segi fizikal.

Sempena pelantikannya sebagai duta, Park Bo-gum memilih jam tangan Seamaster Planet Ocean keluli tahan karat dengan dail biru yang menawan, simbol semangat dinamiknya serta penghargaan terhadap ketepatan dan ketukangan halus OMEGA.

Artikel berkaitan: JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 DUTA JAM OMEGA YANG BERPENGARUH & IKONIK

Bacaan Lanjut

DIOR JETT, BEG BAHARU FOKUS DIOR UNTUK MUSIM BUNGA 2026

Bacaan Lanjut

OMEGA RAIKAN KOLEKSI PLANET OCEAN BAHARU DI CHONGQING, CHINA

Bacaan Lanjut

GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI

Bacaan Lanjut
ridzman zidaine

5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
ridzman glam lelaki

GL THE MAN AWARDS 2025, “GAME CHANGER”-RIDZMAN ZIDAINE

Bacaan Lanjut