MULTIFORT TV BIG DATE SPECIAL EDITION: ELEGAN DENGAN SENTUHAN 70-AN
MIDO menghidupkan semula ikon era 1970-an dengan Multifort TV Big Date Special Edition. Dalam kemasan emas berkilau, dail gradasi hitam, dan paparan Big Date yang menonjol, jam ini bukan sekadar aksesori, tetapi pernyataan gaya sofistikated yang menggabungkan estetika berani, fleksibiliti tali, serta ketepatan mekanikal Swiss.
Siluet televisyen era 1970-an kembali mendominasi pergelangan tangan dalam interpretasi paling berani setakat ini. Multifort TV Big Date Special Edition tampil dalam kemasan kuning emas berkilau dengan kemasan PVD menyeluruh. Mencipta estetika monokrom yang sofistikated dan berkarakter. Kontras dail gradasi hitam yang semakin gelap ke bahagian tepi menambah ilusi kedalaman, manakala kemasan horizontal brushed yang ikonik memperkukuh identiti koleksi Multifort TV. Indeks terbenam bersama salutan putih Super-LumiNova® memastikan keterbacaan optimum, diserlahkan lagi dengan paparan Big Date di posisi 12 yang menjadi tandatangan kuat rekaan ini.

Reka bentuknya ‘sleek’ namun versatil. Bezel satin yang memantulkan cahaya dengan halus mengimbangi kemasan berkilau pada sarung keluli bersalut PVD emas. Jam ini hadir dengan dua pilihan tali yang boleh ditukar. Gelang keluli rona emas untuk penampilan penuh chic, atau tali getah hitam bertekstur untuk gaya yang lebih sporty dan kasual. Gabungan ini menjadikan jam berukuran 40 x 39.2mm ini bukan sekadar aksesori, tetapi pernyataan gaya yang fleksibel mengikut suasana.

Di sebalik estetikanya yang berani, berdetik Caliber 80 automatik Swiss dengan rizab kuasa sehingga 80 jam. Dilengkapi spring imbangan Nivachron™, mekanisme ini menawarkan ketahanan terhadap medan magnet, variasi suhu dan hentakan. Penutup belakang lutsinar memperlihatkan kemasan Côtes de Genève pada rotor bersama logo MIDO. Sekali gus membuktikan kehalusan pembuatan jam tangan dari Swiss. Dengan ketahanan air sehingga 10 bar, Multifort TV Big Date bukan sahaja memancarkan gaya sports-chic yang kuat, malah menjanjikan presisi dan kebolehpercayaan yang tahan diuji masa.
Artikel Berkaitan: LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FENOMENA CHROME HEARTS DALAM DUNIA K-POP
Sejak dahulu lagi, jenama Chrome Hearts sudah menjadi kesukaan kebanyakkan idola K-Pop sebagai item fesyen yang sering digayakan.
SUNTIKAN SENI STREETWEAR: DARI PENTAS MILAN KE JALANANAN
Pentas peragaan Milan membawa elemen jalanan ke tahap tertinggi. Ketahui bagaimana siluet longgar dan fabrik premium menguasai fesyen lelaki.
5 KARYA LAKONAN AMIR AHNAF SEJAK DEBUT MESTI TONTON
Amir Ahnaf seringkali dikaitkan dengan bakat lakonannya yang penuh emosi dan mendalam sejak drama sulungnya hingga ke layar perak.
KOLEKSI ERLING HAALAND: 6 TAS HERMÈS YANG MEMBUKTIKAN BINTANG BOLA SEPAK INI IKON GAYA
Erling Halaand sekali lagi mencuri perhatian tetapi kali ini bukan kerana kemahirannya, tetapi kerana koleksi tas tangan Hermès yang dimiliki.
LOAFERS VS SNEAKERS: APA PILIHAN LELAKI BERGAYA 2026?
Semakin banyak pilihan kasut buat lelaki pada tahun 2026. But back to basic, antara loafers dan sneakers, mana satu pilihan anda?
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.











