Skip to content

NO INVITATION NEEDED: SEBUAH NARATIF BAHARU TENTANG KEBEBASAN UNTUK BERLARI

Kongsikan artikel ini

Berlari bukan soal siapa yang paling laju atupun sekadar mengejar ‘personal best’, tetapi siapa yang berjaya menghabiskan sehingga ke garisan penamat. Dengan kempen “No Invitation Needed”, Under Armour mengangkat semangat kebebasan ini melalui inovasi Velociti yang dibina untuk prestasi tanpa kompromi.

“No Invitation Needed”

Dengan kempen terbaharu “No Invitation Needed”, Under Armour mentafsir semula makna sukan larian. Bukan lagi soal kelayakan atau pengiktirafan, tetapi tentang keputusan peribadi untuk melangkah keluar dan terus bergerak. Seiring pelancaran kempen ini, jenama prestasi global tersebut turut memperkenalkan generasi baharu koleksi UA Velociti, direka untuk menyokong setiap fasa perjalanan pelari. Daripada sesi latihan harian hinggalah ke garisan penamat perlumbaan elit.

Velociti Elite 3

Mendahului barisan ialah Velociti Elite 3, kasut perlumbaan yang telah membuktikan kredibilitinya apabila atlet Under Armour. Sharon Lokedi, menjuarai Boston Marathon 2025. Evolusi terbaharu ini menampilkan midsole HOVR+ superfoam sepenuhnya bersama plat gentian karbon penuh, menghasilkan daya tolakan eksplosif dan pulangan tenaga maksimum. Lebih ringan, lebih responsif dan ditala untuk konsistensi pada kilometer akhir.

Elite 3 direka untuk mereka yang mahu memecahkan had. Melengkapkan kategori latihan jarak jauh pula ialah Velociti Distance. Kasut dengan kusyen HOVR+ penuh yang menawarkan kestabilan dan penyerapan hentakan optimum, sesuai untuk sesi mileage tinggi dan persediaan maraton yang intensif.

Keseluruhan rangkaian Velociti turut merangkumi Pro 2, SPD dan Pace. Setiap satunya memenuhi keperluan berbeza. Daripada latihan kepantasan hingga larian pemulihan harian. Di Malaysia, pelancaran ini diraikan menerusi siri komuniti UA Run Lab, yang berlangsung bersama empat kelab larian tempatan termasuk CIPHR Run Club dan Kelana Jaya Run Club. Inisiatif ini bukan sekadar sesi larian, tetapi platform untuk pelari menemui tujuan mereka sendiri. Kerana dalam dunia Under Armour, anda tidak memerlukan jemputan untuk bermula, hanya keberanian untuk mengambil langkah pertama.

Artikel Berkaitan: MULAKAN TAHUN BARU PENUH AKTIF DENGAN UNDER ARMOUR

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

F1 BAHRAIN DI SEPANG JADI MILIK MAX VERSTAPPEN, HAMILTON KEMBALI DI PODIUM

F1 BAHRAIN DI SEPANG JADI MILIK MAX VERSTAPPEN, HAMILTON KEMBALI DI PODIUM

Bacaan Lanjut
MAX VERSTAPPEN BERGELAR JUARA BAHRAIN GRAND PRIX DI MALAYSIA!

LOUIS VUITTON TROPHY TRUNK HIASI KEMENANGAN MAX VERSTAPPEN, BAHRAIN GRAND PRIX DI MALAYSIA!

Bacaan Lanjut

BUFORI, LUXURY ON WHEELS DARI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA

DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
EMPTY PAGE. KEMBALI DENGAN 'BERDOSA', BANGKITKAN TRAUMA LAMA

EMPTY PAGE. KEMBALI DENGAN ‘BERDOSA’, BANGKITKAN TRAUMA LAMA

Bacaan Lanjut

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut