PUTERI ZAHRA MARIAM: UNGKAPAN SYUKUR PRINCE MATEEN MELALUI UNGGAHAN INSTAGRAM RASMI
Kegembiraan menyelubungi keluarga diraja Brunei apabila Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam mengumumkan kelahiran puteri sulung mereka, Putri Zahra Mariam Bolkiah, melalui ‘posting’ rasmi di akaun Instagram Putera Mateen (@tmski) pada 11 Februari 2026.
Dalam hantaran tersebut, Putera Mateen menzahirkan rasa syukur yang mendalam atas selamatnya kelahiran bayi perempuan mereka. Prince Mateen juga merakamkan penghargaan kepada pasukan perubatan JPMC yang memberi sokongan sepanjang proses bersalin.
Puetri Zahra Mariam
Putera Abdul Mateen dan Puteri Anisha turut menyampaikan terima kasih serta mengalu‑alukan segala ucapan tahniah dan doa baik yang datang daripada rakyat dan peminat mereka di seluruh dunia. Nama Zahra Mariam dipilih sebagai simbolik kepada harapan, keindahan dan keberkatan buat keluarga diraja. Seperti yang dikongsi melalui laman sosial rasmi pasangan itu.
Sebagai sebahagian daripada adat istiadat diraja, 17 tembakan meriam bergema di perkarangan Istana Nurul Iman. Dentingan meriam ini menandakan kedatangan anggota baru dalam keluarga Kesultanan. Tradisi ini, yang turut disaksikan oleh rakyat dan pengikut setia keluarga diraja, melambangkan kehormatan, kebanggaan serta semangat nasionalisme yang mendalam. Keluarga diraja kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada setiap ucapan tahniah dan doa kesejahteraan yang diterima sejak berita gembira itu disampaikan.
Kelahiran Puteri Zahra Mariam menjadi lambang kegembiraan dalam keluarga diraja. Sekali gus menggambarkan kesinambungan tradisi dan nilai budaya Brunei yang terus dipelihara oleh generasi baru di bawah naungan Istana Nurul Iman.
Artikel Berkaitan: KENALI GADIS KACUKAN YANG BAKAL BERGELAR ISTERI PUTERA MATEEN, ANISHA ROSNAH
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
F1 BAHRAIN DI SEPANG JADI MILIK MAX VERSTAPPEN, HAMILTON KEMBALI DI PODIUM
Malaysia digegarkan dengan dentuman bunyi dari kereta F1 sepanjang hujung minggu yang lalu dengan Bahrain GP di Sepang.
LOUIS VUITTON TROPHY TRUNK HIASI KEMENANGAN MAX VERSTAPPEN, BAHRAIN GRAND PRIX DI MALAYSIA!
Max Verstappen bergelar juara Bahrain Grand Prix di Malaysia, dianugerahkan trofi yang khas dipersembahkan di dalam Peti Trofi Louis Vuitton.
BUFORI, LUXURY ON WHEELS DARI MALAYSIA
Kenali Bufori, ikon kereta mewah dari Malaysia yang tampil dengan reka bentuk klasik, kemasan eksklusif dan identiti tersendiri.
DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA
Lima daripada wangian ikonik Dior, Dioriginals kini tersedia di butik Dior seluruh Malaysia untuk dirasai sendiri pengalaman harum ini.
EMPTY PAGE. KEMBALI DENGAN ‘BERDOSA’, BANGKITKAN TRAUMA LAMA
Selepas mencuri perhatian menerusi lagu ‘mata(hari)’, kumpulan pop rock Empty Page. kembali dengan single terbaharu berjudul ‘BERDOSA’
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.











