NEXT WAVE ICONS ZARIF GHAZZI DAN JAZMY JUMA : ALIF SATAR SEBAGAI INSPIRASI
Dua nama yang semakin lantang di radar industri. Zarif Ghazzi dan Jazmy Juma menghiasi muka hadapan GLAM Lelaki Februari 2026 sebagai simbol generasi baharu yang bersedia mendefinisikan semula erti bintang masa kini.
Dalam setiap generasi, akan muncul wajah-wajah yang bukan sekadar popular, tetapi membawa perubahan. Bagi edisi Februari 2026, GLAM Lelaki mengangkat tema Next Wave Icons. Satu penghormatan kepada bakat-bakat yang sedang membentuk arus baharu dalam landskap hiburan tempatan. Di barisan hadapan gelombang ini tidak bukan ialah Zarif Ghazzi dan Jazmy Juma. Dua figura muda yang namanya semakin kerap meniti di bibir media dan penonton.
Aura Pelakon Baharu.
Zarif Ghazzi hadir dengan aura pelakon generasi baharu tenang, terarah dan semakin matang dalam memilih naskhah. Namanya mula mencuri perhatian menerusi drama Khunsa (2024), sebuah karya yang memperkenalkan potensinya sebagai pelakon berani dan berlapis. Momentum itu terus melonjak apabila Seribu Tahun (2025), gandingan bersama nama-nama besar seperti Nazrief Nazri, Emma Maembong, Azhan Rani dan Noorkhiriah, menerima sambutan hangat daripada penonton Malaysia. Popularitinya turut diterjemahkan dalam bentuk pengiktirafan apabila beliau meraih Anugerah Melodi Terhangat 2025 bagi kategori Selebriti Newcomer Terhangat. Satu kemenangan hasil undian 100 peratus rakyat Malaysia, yang membuktikan sokongan padu peminat terhadap bakatnya.

Seiring dengan itu, Jazmy Juma semakin dikenali sebagai pelakon muda yang memiliki karisma dan keberanian untuk bereksperimen dengan pelbagai spektrum watak. Pembawaannya yang semula jadi menjadikan setiap karakter terasa dekat dan meyakinkan, sekali gus meletakkannya antara nama teratas dalam senarai pelakon baharu yang dijangka memegang watak utama drama rantaian akan datang. Label “hero pelapis” bukan sekadar gelaran, tetapi refleksi terhadap potensinya yang semakin menyerlah dalam industri lakonan. Gandingannya bersama Scha Elinnea menerusi drama Nuh dan Nayla berjaya memperkukuh kedudukannya di mata peminat, manakala penampilannya bersama Zarif Ghazzi dalam Hilang Dalam Rindu Terus mengukuhkan reputasi sebagai bakat yang konsisten dan versatil.
Alif Satar Sebagai Inspirasi.
Dalam sesi temu bual santai GL360 bersama GLAM Lelaki, kedua-duanya tidak lokek berkongsi sisi peribadi. Daripada minat yang membentuk identiti mereka sehingga figura yang menjadi inspirasi. Nama Alif Satar muncul sebagai idola bersama, bukan hanya kerana kejayaan dalam pelbagai cabang seni, tetapi juga kerana pengaruh positif yang dibawanya di luar pentas hiburan. Inisiatif #GengSubuhMacamJumaat yang digerakkannya, menjadi gerakan tular yang menggalakkan anak muda mengimarahkan solat Subuh berjemaah di masjid. Satu usaha yang menyatukan komuniti dalam semangat yang lebih besar daripada sekadar populariti. Bagi Zarif dan Jazmy, menjadi seorang bintang hari ini bukan lagi tentang glamor semata-mata, tetapi tentang daya tahan, disiplin dan kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai figura awam.
Sebagai wajah hadapan GLAMLelaki Februari 2026, mereka bukan sekadar model untuk satu naratif fesyen, tetapi representasi kepada peralihan generasi. Next Wave Icons bukan sekadar tema. Ia adalah kenyataan bahawa industri hiburan Malaysia sedang bergerak ke fasa baharu. Dipacu oleh bakat-bakat muda yang berani, reflektif dan bersedia untuk berkembang. Zarif Ghazzi dan Jazmy Juma bukan sekadar menunggu giliran untuk bersinar; mereka sedang membentuk haluan tersebut untuk generasi akan datang.
Artikel Berkaitan: GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU ZARIF GHAZZI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU ZARIF GHAZZI
Zarif Ghazzi semakin mencuri perhatian sejak berlakon dalam drama hit Khunsa dan Seribu Tahun. Zarif menghiasi cover digital Februari 2026.
GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU JAZMY JUMA
GLAM Lelaki menampilkan pelakon generasi baharu yang semakin mencuri perhatian, Jazmy Juma untuk cover Februari 2026. Dia meraih perhatian menerusi Hilang Dalam Rindu dan akan muncul dalam beberapa drama baharu sepanjang 2026.
5 PELAKON WANITA YANG PERNAH BERGANDING BERSAMA JAZMY JUMA
Barisan pelakon wanita hebat di Malaysia ini pernah dan bakal berganding bersama Jazmy Juma dalam drama-drama lakonannya.
WATAK LAKONAN ZARIF GHAZZI DENGAN ‘SECOND LEAD SYNDROME’
Zarif Ghazzi mungkin menjadi pelakon Malaysia yang memberikan second lead syndrome dengan watak-watak yang pernah dilakonkan olehnya.
9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?
Barisan selebriti popular menjadi rebutan jenama koleksi baju raya. Siapakah 9 duta jenama koleksi baju raya 2026?
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.











