KENALI INDIVIDU HEBAT & BERPENGARUH ‘5 UNDER 25’, ISTIMEWA GLAM LELAKI APRIL 2026
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
Setiap generasi hadir dengan wajah-wajah baharu yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berani mencorakkan masa depan mengikut acuan sendiri. Untuk edisi April 2026, GLAM Lelaki memberi spotlight kepada lima individu bawah usia 25 tahun yang sedang mencipta impak dalam bidang masing-masing. Daripada dunia fesyen dan perniagaan, muzik, lakonan, sehinggalah ke arena sukan dan kecergasan.
Mereka bukan sekadar nama yang sedang meningkat naik, tetapi simbol kepada generasi muda yang berani bermimpi besar, bekerja keras, dan kekal autentik dalam perjalanan mereka. Dengan pencapaian yang mengagumkan pada usia muda, kelima-lima figura ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk mencipta pengaruh dan kejayaan yang luar biasa. Oleh itu, merekalah wajah 5 Under 25 yang menjadi pilihan GLAM Lelaki.
#1 Ashraf Anuar
Sebagai pengasas kepada jenama SVG Worldwide, Ashraf Anuar bukan lagi nama asing dalam dunia fesyen tempatan. Malah, ini merupakan kali kedua dia menghiasi muka hadapan GLAM Lelaki, selepas kemunculan pertamanya dalam edisi cetakan Mac 2025. Dikenali sebagai ikon fesyen dalam kalangan anak muda, Ashraf berjaya membina empayar perniagaan dengan identiti yang kuat dan relevan. Gayanya yang berani dan visi kreatifnya menjadikan dia antara figura paling berpengaruh dalam industri streetwear Malaysia hari ini.
#2 Layla Sania
Nama Layla Sania semakin meniti di bibir peminat, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Penyanyi muda ini mencuri perhatian dengan bakat vokalnya yang unik serta kebolehannya bertutur dalam bahasa Cina dengan fasih. Salah satu video kolaborasinya bersama artis dari China juga tular. Ia sekaligus membuka pintu kepada peluang yang lebih luas di luar negara. Layla melambangkan generasi artis baharu yang versatil dan berani menembusi sempadan industri muzik global. Ini membuktikan kebolehannya dan Layla ialah 5 Under 25 yang sebenar.
#3 Sharul Aimy
Dalam dunia sukan, Sharul Aimy muncul sebagai antara atlet muda yang membanggakan negara. Dikenali dengan kejayaannya memecahkan medal drought dalam acara vault, Sharul mencipta sejarah dengan meraih pingat emas di Sukan SEA 2025 di Thailand. Selain itu, dia turut membawa pulang gangsa di Sukan Asia 2023. Sharul juga mencatat pencapaian bersejarah dengan pingat gangsa di Kejohanan Gimnastik Artistik Lelaki Asia 2024. Dedikasi dan disiplin tinggi menjadikan Sharul simbol ketahanan dan semangat juang generasi muda.
#4 Bella Dowanna
Wajah yang tidak asing lagi di kaca televisyen, Bella Dowanna telah mula berlakon sejak kecil dan membesar bersama industri hiburan Malaysia. Sebagai salah seorang pelakon cilik kegemaran ramai suatu ketika dahulu, Bella kini tampil lebih matang. Bukan sahaja dari segi lakonan, tetapi juga pemikiran. Keupayaannya membawakan watak dengan emosi yang mendalam menjadikan dia terus relevan dan dihormati dalam industri, walaupun masih muda.
#5 Hakimi Noordin
Dalam dunia kecergasan pula, Hakimi Noordin mencipta nama sebagai model dan pempengaruh fitness yang semakin mendapat perhatian. Kandungannya yang memfokuskan kepada sukan, kecergasan dan gaya hidup sihat memberi inspirasi kepada ramai anak muda untuk menjaga kesihatan. Lebih mengagumkan, pada usia muda, dia telah menyertai lebih kurang lima pertandingan HYROX di peringkat antarabangsa termasuk di Singapura, Bangkok, Beijing dan Osaka. Komitmennya terhadap gaya hidup aktif menjadikan dia antara figura fitness yang patut diberi perhatian.
Kelima-lima individu ini bukan sahaja menghiasi muka hadapan GLAM Lelaki edisi April 2026, tetapi juga mewakili suara dan aspirasi generasi muda masa kini. Berani, berwawasan dan tidak takut untuk mencipta kelainan. Mereka adalah bukti bahawa dengan semangat, disiplin dan keaslian, kejayaan mampu dikecapi walau pada usia yang masih muda.
Pautan berkaitan: 7 SELEBRITI TEMPATAN MEYERTAI HYROX SINGAPORE 2026, SEBARIS CHOI MINHO DAN JAY PARK
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”
"Jadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bukan satu tekanan. Jangan paksa diri melakukannya secara berlebihan," Hakimi Noordin.
9 PELAKON MALAYSIA YANG MULA BERLAKON SEJAK KECIL
Industri lakonan Malaysia telah dihiburkan dengan gelagat dan lakonan licik dari pelakon-pelakon malaysia sejak mereka kecil lagi
KENAL PASTI 5 SELEBRITI & PERSONALITI MEDIA SOSIAL WANITA YANG CANTIK & FREE HAIR
Berikut ialah enam wanita yang sangat dikenali (bidang kerjaya yang berbeza) dan memiliki pakej yang lengkap. Selain cantik dan free hair, juga punya bakat yang tersendiri.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
COACH HIDUPKAN DUNIA FANTASI MUSIM PERAYAAN DENGAN TIGA POP-UP ISTIMEWA
GL Gang, Hakimi Noordin menyertai sesi penggayaan istimewa #StyledbyJK untuk mencari padanan pakaian dan beg Coach Holiday 2025 terbaik
5 Atlet Lelaki Kacak & Mesti Kenali di Sukan SEA 2025
Sukan SEA 2025 memperkenalkan barisan atlet baharu dan sedia ada yang berada di kemuncak prestasi. Berikut lima atlet hangat mencuri tumpuan.











