10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026
Di dalam demam bola sepak bersama FIFA World Cup 2026, ada pemain-pemain yang dijangka menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini.
Selepas penantian selama empat tahun, demam bola sepak dunia akhirnya kembali menerusi FIFA World Cup 2026. Ia dikatakan sebagai edisi yang dijangka menjadi antara kejohanan paling besar dan paling bersejarah pernah dianjurkan. Buat pertama kalinya, temasya bola sepak paling berprestij di dunia ini akan berlangsung merentasi tiga negara tuan rumah iaitu United States, Mexico dan Canada. Kali ini, Amerika Utara menjadi pentas utama kepada sambutan global yang bakal menyatukan jutaan peminat bola sepak dari seluruh dunia.
Daripada legenda bola sepak yang memburu peluang terakhir untuk menjulang trofi paling diidamkan, hinggalah kepada generasi baharu pemain muda yang bersedia mencuri perhatian dunia. FIFA World Cup 2026 bakal menjadi medan pertembungan antara pengalaman dan bakat luar biasa. Setiap perlawanan dijangka menghadirkan momen ikonik yang bakal dikenang peminat untuk tahun-tahun akan datang.
Format baharu kejohanan ini juga bakal membawa dimensi berbeza kepada persaingan. Sebanyak 12 kumpulan akan diperkenalkan. Dengan dua pasukan terbaik setiap kumpulan serta lapan pasukan tempat ketiga terbaik mara ke pusingan 32 terakhir. Perubahan ini membuka ruang kepada lebih banyak kejutan. Antaranya termasuk peluang untuk negara-negara bukan pilihan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan mencabar dominasi kuasa besar Eropah dan Amerika Latin.
Selama ini, FIFA World Cup sentiasa menjadi simbol penyatuan dunia melalui bola sepak. Namun pada tahun 2026, skalanya bakal terasa lebih global, lebih inklusif dan lebih meriah berbanding sebelum ini. Di sebalik sorakan penyokong, lautan jersi negara dan suasana stadium yang penuh emosi, perhatian dunia pastinya akan terarah kepada para pemain yang mampu mengubah perjalanan kejohanan hanya dengan satu detik magis di atas padang.
Jadi, siapakah bintang yang bakal mendominasi tahun ini? Siapa yang akan membawa negara mereka melangkah jauh, mencipta jaringan luar biasa dan menjadi sebutan seluruh dunia?
GLAM Lelaki senaraikan 10 pemain terbaik yang wajib anda beri perhatian sepanjang FIFA World Cup 2026 yang berpotensi mencipta sejarah tahun ini.
#1 Cristiano Ronaldo – Portugal
#2 Lionel Messi – Argentina
#3 Neymar – Brazil
#4 Kylian Mbappé – France
#5 Son Heungmin – South Korea
#6 Pedri González – Spain
#7 Harry Kane – England
Baca: FIFA WORLD CUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI
#8 Mohamed Salah – Egypt
#9 Jude Bellingham – England
#10 Lee Kangin – South Korea
Pautan berkaitan: ‘GUEST ARTIST’ YANG MENGEJUTKAN MINGGU KEDUA COACHELLA 2026
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FIFA WORLD CUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI
Kurang dari sebulan, dunia bakal digegarkan dengan kehadiran terbesar dalam dunia bola sepak, FIFA World Cup 2026 yang dianjurkan di 3 negara.
REXONA MALAYSIA PENAJA RASMI FIFA WORLD CUP 2026™
Rexona Malaysia melangkah ke pentas global sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup 2026™, meraikan semangat bola sepak dengan Rexona.
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR
Manchester United bakal kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan ASEAN All Stars pada bulan Mei ini.
5 FAKTA MENGENAI KASUT ADIDAS SAMBA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU
Tahukah anda adidas Samba merupakan antara kasut sniker terawal yang menampilkan rekaan 3-Stripes yang ikonik pada hari ini?
KEHIDUPAN TERKINI RONALDO & GEORGINA RODRIGUEZ SELEPAS BERPINDAH KE ARAB SAUDI
Tinjau kehidupan bintang bola sepak tersohor, Ronaldo dan keluarga besarnya selepas tiga bulan menetap di negara Timur Tengah.











