Skip to content

GL PLAYLIST: SENARAI LAGU FIFA WORLD CUP 2026

GL PLAYLIST: SENARAI LAGU FIFA WORLD CUP 2026

Kongsikan artikel ini

Selain daripada permainan yang menjadi penantian, lagu-lagu tema buat FIFA World Cup 2026 turut dinanti-nantikan. 

FIFA World Cup bukan sekadar kejohanan bola sepak terbesar di dunia.  Tetapi, ia  juga sebuah festival global yang menyatukan jutaan manusia melalui sukan, emosi dan budaya. Selain aksi di atas padang, satu elemen yang tidak pernah gagal mencuri perhatian ialah muzik. Terutamanya lagu rasmi dan soundtrack yang mengiringi setiap edisi World Cup.

Sejak dahulu lagi, lagu-lagu World Cup memainkan peranan penting dalam membentuk identiti kejohanan. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi menjadi simbol semangat, perpaduan dan keterujaan yang dirasai di seluruh dunia. Dari stadium yang bergema dengan sorakan penyokong, hingga ke siaran televisyen yang ditonton berjuta-juta orang, muzik menjadi “jiwa” kepada pengalaman Piala Dunia.

Antara lagu paling ikonik dalam sejarah FIFA World Cup ialah “Waka Waka (This Time for Africa)” oleh Shakira yang menjadi fenomena global ketika edisi 2010 di Afrika Selatan. Lagu ini bukan sahaja mencipta trend muzik, tetapi juga menjadi simbol perpaduan dan kegembiraan bola sepak.  Edisi 2014 di Brazil pula membawa warna Latin yang lebih meriah melalui lagu seperti “We Are One (Ole Ola)”, yang menekankan tema kebersamaan dunia dalam suasana karnival bola sepak di Rio de Janeiro.

Kekuatan lagu-lagu World Cup ini terletak pada keupayaannya untuk melangkaui bahasa dan sempadan negara. Ia mencipta memori yang kekal lama selepas kejohanan berakhir. Ramai peminat bola sepak masih mengingati melodi ini walaupun bertahun-tahun telah berlalu. Tahun ini buat FIFA World Cup 2026 , lagu-lagu yang dikeluarkan turut menjadi perhatian ramai.

GLAM Lelaki senaraikan lagu-lagu FIFA World Cup 2026 yang wajib anda dengari.

#1 Goals — LISA, Anitta, Rema

#2 Game Time — Future, Tyla

#3 Illuminate — Jessie Reyez, Elyanna

#4 Echo — Daddy Yankee, Shenseea

#5 Por Ella — Los Ángeles Azules, Belinda

#6 Three Nations — 21 Savage, Natanael Cano, French Montana

#7 No Place Like Home — Major Lazer, Nelly Furtado, Davido

#8 In The Stars (Cirkut and Andrew Watt Remix) — The Rolling Stones

#9 Show Me — Ayra Starr, Latto

#10 Mi Mexico Lindo — Alejandro Fernández

#11 Blessings — Stormzy, Fridayy, Angel

#12 Energy — Ava Max, Bia

#13 Lighter — Jelly Roll, Carín León

#14 Siir Siir — Nora Fatehi, Vegedream, Sanjoy

#15 Partidazo — Danny Ocean

#16 Champions — IShowSpeed

#17 Love Always Wins (feat. Shaggy & Cimafunk) — Zema

#18 Dai Dai — Shakira, Burna Boy

Pautan berkaitan: NOW SHOWING: 9 FILEM DALAM TAYANGAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM JUN 2026 BERAKHIR!

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026

10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025

BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
RUMUSAN FESYEN BLACKPINK UNTUK KONSERT DEADLINE TOUR 2025

RUMUSAN FESYEN BLACKPINK UNTUK KONSERT DEADLINE TOUR 2025

Bacaan Lanjut

REXONA MALAYSIA PENAJA RASMI FIFA WORLD CUP 2026™

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025

10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025

Bacaan Lanjut
BLACKPINK

BLACKPINK KEMBALI RANCAK: AKTIVITI SOLO JENNIE, LISA, ROSE, & JISOO

Bacaan Lanjut