KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA
PEMAIN BOLA ERLING HAALAND TERUS MEMBUKTIKAN BAHAWA KOLEKSI JAM TANGANNYA SAMA HEBAT DENGAN PRESTASINYA DI ATAS PADANG.
Erling Haaland, penyerang Manchester City berumur 25 tahun dari Norway, telah menjadi tumpuan besar ketika Piala Dunia FIFA baru-baru ini. Di luar padang, nama Haaland menjadi sinonim dengan fesyen mewah. Jenama tas tangannya terdiri daripada Louis Vuitton, Chanel, dan yang paling mencuri perhatian, Hermès. Namun, disebalik beg dan bola, bintang FIFA sensasi ini juga sering mempamerkan koleksi jam tangannya di platform Instagram. Lihatkan koleksi jam tangan ultranya yang dimegahi, merangkumi jenama Rolex, Breitling, dan Patek Philippe.
Rolex Cosmograph Daytona 18K Yellow Gold

Model pertama sorotan ini serta-merta membuktikan Haaland sebagai penggemar sebenar jam tangan klasik. Cosmograph Daytona disarungkan dengan emas kuning 18K dan dilampiri dail hijau kontras. Jam tangan ini memberikan look yang sleek dan sporty pada masa yang sama.
Rolex Cosmograph Daytona ‘Eye of the Tiger’

Antara jam tangan paling berkelas daripada koleksi Erling Haaland ialah Cosmograph Daytona 116588TBR daripada Rolex. Dengan gelaran Eye of the Tiger, modal ini mempunyai set bezel disaluti 38 berlian potongan baguette, dengan sub-dail champagne yang dijalin dengan berlian brilliant-cut dan lakuer hitam.
Breitling Chronomat B01 Erling Haaland

Pada penampilannya di pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana baru-baru ini, Haaland tampil serba putih dengan tangan berhiaskan meteorit berusia 4.5 bilion tahun. Jam tangan kolaborasinya bersama Breitling, Chronomat B01 42 Erling Haaland, dirumahi emas merah dan dihiasi nombor 9 Haaland.
Richard Mille RM 55-01 White Quartz TPT

Penampilan Erling Haaland menggayakan Richard Mille ketika bercuti baru-baru ini menonjolkan lagi populariti jenama tersebut di kalangan selebriti dan atlet. Dengan meneliti teknik haute horlogerie ke dalam seni bina mekanikal, struktur skeleton itu menunjuk rapi setiap komponen dan dilengkapi dengan rizab kuasa sekitar 55 jam.
Patek Philippe Nautilus Moonphase 5712R

Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan yang cukup digemari di kalangan pemain bola sepak. Namun, Moonphase rujukan 5712R ini dihiasi tali kulit buaya dan dail emas mawar 18 karat. Pengeluarannya telah dihentikan pada tahun 2024, sekali gus melonjakkan status rarenya dalam dunia arloji.
Audemars Piguet Royal Oak Double Balance Wheel Openworked 15407ST

Di sebalik persalinannya yang mencuri perhatian, Haaland juga menyarungkan Royal Oak Double Balance Wheel Openworked. Jam tangan keluli tahan karat ini menampilkan penanda jam emas mawar yang sepadan dengan jambatan pengimbang emas mawar, sekali gus menyerlahkan rangka terbukanya yang terdiri daripada 256 komponen.
Audemars Piguet Royal Oak Jumbo Extra-Thin 16202B

Di sini, Haaland dilihat memakai jam tangan Audemars Piguet rujukan Ulang Tahun ke-50 Royal Oak Jumbo Extra-Thin. Dikeluarkan pada tahun 2022, Audemars Piguet memperkenalkan rujukan 16202BA untuk menggantikan rujukan lama 15202.
Hublot Spirit of Big Bang Meca 10 Gold

Antara rekaan yang paling menyerlah dalam koleksi Haaland ialah Hublot Spirit of Big Bang. Dipadankan dengan tali kulit buaya berwarna coklat dan sarung emas King Gold 18K, jam tangan ini menampilkan dail rangka yang menjadi antara rekaan kegemaran Erling Haaland. Di sebalik estetika yang berani, ia turut dikuasakan oleh kaliber pembuatan Hublot yang mencerminkan falsafah The Art of Fusion jenama itu.
Artikel berkaitan: 5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
5 PEMAIN MUDA YANG MENYERLAH SEPANJANG FIFA WORLD CUP 2026
FIFA World Cup 2026 kali ini menampilkan barisan pemain muda yang menyerlah dengan bakat bola sepak mereka, dalam usia muda.
SPAIN BERGELAR JUARA PIALA DUNIA SETELAH MENENTANG ARGENTINA 1-0
20 percubaan gol, momen full-circle Yamal dan Messi, serta kemenangan Spain— saksikan semua sorotan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA.
SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026
Perlawanan final FIFA World Cup 2026 tahun ini cukup mengujakan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran selebriti terkenal di seat penonton.
BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
Bell & Ross meneruskan momentum evolusi rangkaian BR-03 dengan perkenalan model terbaharu, BR-0R GMT GREEN LUM.











