“KUIL CHEEN SWEE SEBAGAI INSPIRASI UTAMA KOLEKSI ALPHINE & ALCHEMY HUNTILANAK,” – RYAN
Koleksi Alphine & Alchemy dari Huntilanak menjadi salah satu koleksi yang dibualkan oleh pencinta fesyen tempatan sepanjang KLFW 2026.
Salah satu jenama yang menarik perhatian penggemar fesyen sejak debut pertamanya di KL Fashion Week ialah Huntilanak, dengan koleksi BRITNEY. Tahun ini, Huntilanak kembali di atas pentas runway dengan koleksi terbaharu mereka, Alpine & Alchemy. Di pentas peragaan, sebuah busana berinspirasikan folklor dengan siluet seakan topeng melangkah penuh karakter. Para model tampil dengan kanta lekap putih, disarungkan busana yang menggabungkan elemen gothic, whimsical dan theatrical.Untuk tahun ini, wajah-wajah model ini ditutupi oleh topeng misteri. Estetiknya gelap, seolah-olah membawa penonton ke dalam dunia filem seram, namun Ryan berjaya menerjemahkan suasana tersebut ke dalam bahasa fesyen.

Gambar: Hariz Amsyar
Sejak kemunculannya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) tahun lepas, Huntilanak pantas mencetuskan perhatian di media sosial. Apa yang menjadikannya lebih menonjol ialah pendekatan estetiknya yang jarang dilihat dalam jenama tempatan. Bukan sekadar bermain dengan elemen kait, ruffles atau siluet romantik, sebaliknya mengangkat sisi yang lebih gelap sambil kekal berakar pada seni kraf dan penceritaan Asia Tenggara. Jadi, GLAM Lelaki sempat menemubual Ryan selepas kejayaannya dengan pertunjukkan di KLFW 2026 baru-baru ini.
#1 Perkenalkan diri anda dan jenama anda.
Saya Ryan, dan jenama saya ialah Huntilanak.
#2 Bagaimanakah anda mendapat inspirasi untuk koleksi Alpine & Alchemy pada awalnya?
Alpine & Alchemy bermula ketika saya mengunjungi Kuil Chin Swee bersama beberapa orang rakan pada awal tahun ini. Perjalanan tersebut menjadi titik permulaan kepada koleksi ini.

Gambar: Hariz Amsyar
#3 Apakah maksud di sebalik kesemua topeng yang dipakaikan kepada model di pentas peragaan?
Sejujurnya, tiada makna yang terlalu mendalam di sebaliknya. Saya cuma fikir ia satu idea yang menyeronokkan untuk menyatukan kesemua helaian dalam koleksi ini kerana, jika dilihat, memang banyak yang berlaku dari segi tekstur dan material. Topeng-topeng tersebut, sebagai contoh, sebenarnya diinspirasikan daripada burung-burung yang berterbangan di sekitar patung Buddha gergasi di Kuil Chin Swee. Pemandangan itu benar-benar melekat dalam fikiran saya.

#4 Antara semua look daripada Alpine & Alchemy, yang manakah menjadi helaian kegemaran anda?
Susah untuk memilih, tetapi saya mungkin akan pilih Look 9, iaitu jaket berbulu yang dipadankan dengan seluar bell-bottom berenda. Saya masih ingat ketika pertama kali melihatnya dipakai oleh model, saya terus jatuh cinta dengan look tersebut. Sharon (@tinyhands_grr) mempunyai rambut afro yang begitu cantik, dan saya masih ingat melihat keseluruhan look itu. Rambut, pakaian, topeng burung, dan terus terfikir, “Omg, I love this look so much.”

#5 Huntilanak semakin mendapat perhatian dan kasih sayang sejak KLFW tahun lalu. Pada pendapat anda, mengapa koleksi anda berbeza daripada yang lain?
Betulkah? Haha, saya sangat bersyukur. Saya rasa mungkin kerana saya benar-benar cuba menghasilkan sesuatu yang terasa berbeza. Sebenarnya, saya tidak terlalu memikirkan sama ada sesuatu itu akan menonjol atau tidak; saya cuma menghasilkan apa yang saya rasa menarik. Saya rasa secara semula jadinya, itu membuatkan karya saya kelihatan sedikit berbeza.
#6 Apakah lokasi impian anda untuk mempersembahkan koleksi Huntilanak?
Sudah tentu, anda mungkin terfikir Paris, Milan, London dan sebagainya, terutamanya kerana terdapat audiens yang lebih besar serta penghargaan terhadap gaya saya di sana. Tetapi jika saya benar-benar diberi pilihan, saya sebenarnya mahu terus mempersembahkan koleksi di Malaysia dan membawa perhatian itu ke sini. Saya rasa ada sesuatu yang jauh lebih menarik tentang membina sesuatu di Malaysia, berbanding merasakan kita perlu meninggalkan negara sendiri untuk diiktiraf di peringkat antarabangsa. Bayangkan pertunjukan Huntilanak di tangga Batu Caves.
#7 Jika anda boleh memilih sesiapa sahaja untuk menjadi muse atau wajah Huntilanak, siapakah pilihan anda?
Wah, susah untuk saya pilih. Mungkin FKA twigs. Dan juga nenek saya.
Pautan berkaitan: ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.
Peningkatan AI slop di KLFW tahun ini membuktikan bahawa ia merupakan satu isu yang tidak boleh lagi diketepikan.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026
Dari backstage hingga ke barisan hadapan, ini lapan sorotan pilihan GLAM Lelaki dari KLFW tahun ini.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
GIORGIO ARMANI MADE TO MEASURE 2026: SENI TAILORING YANG DIREKA KHAS UNTUK ANDA
Menerusi Giorgio Arrmani Made to Measure 2026, rumah fesyen Itali ini sekali lagi mengangkat seni tailoring ke tahap yang lebih peribadi.
5 ARTIS LELAKI “DUDA HOT” YANG TERUS JADI PERHATIAN
5 Artis lelaki ini terus mendapat perhatian biarpun telah mengalami kegagalan rumah tangga. 5 "duda hot" ini lebih matang dan menyerlah.











