APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Apakah setiap perempuan materialistik?
Sudah berapa banyak kali rasanya anda pernah dengari, “I nak kahwin dengan lelaki kaya!”? Ungkapan ini umpama sudah lali didengari, kerana hampir setiap perempuan pernah menuturnya (Guilty as charged). Namun, apa sebenarnya yang dimaksudkan apabila perempuan mendambakan lelaki kaya? Apakah setiap perempuan materialistik?
Apa yang diingini disebalik lelaki kaya
Daya tarikan seorang lelaki kaya sebenarnya bukan sekadar pada duitnya. Namun, ia juga tentang mindset. Dalam gambaran yang lebih besar, lelaki kaya lebih cenderung untuk mempunyai pola pemikiran seorang provider, yang dapat membelikan bukan sekadar apa yang perempuan perlukan namun juga apa yang perempuan ingini. Keselamatan kewangan juga dapat menjamin keselesaan hidup. Bagi pandangan GL, kadangkala ungkapan ini hanya sekadar permainan bibir tatkala hidup menjadi sukar, ia tidak melambangkan kebergantungan.
Mengapa lelaki cenderung to take it personal?
Yang menjadi persoalan sebenar buat GL adalah sebab disebalik mengapa lelaki cenderung untuk mengambil ungkapan ini secara peribadi. Yang lebih mengundang tanda tanya, setiap kali berbincang tentang lelaki provider, mulalah lelaki menyebut tentang hak sama rata. Mengapakah equal rights hanya menjadi bicara lelaki tatkala ingin membayar? Disitukah titik mula dan titik akhir perbincangan itu bagi lelaki?
Realitinya, wanita masa kini sudah mampu untuk menyara diri sendiri, hasil daripada perjuangan feminisme selama bertahun-tahun. Namun, ia jauh daripada setara. Setiap sistem masih lagi dicemari oleh amalan patriarki. Antaranya, wanita kurang berkemungkinan untuk dipertimbangkan bagi jawatan bergaji tinggi. Hanya 26.3% wanita memegang jawatan pengurusan tertinggi di Malaysia, manakala selebihnya 73.7%, lelaki yang memegang baki. Selain itu, hanya 16.3% memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Pengarah Urusan, menunjukkan peningkatan yang perlahan.
Disini, terbukti jelas bahawa lelaki mempunyai lebih peluang dalam kebebasan kewangan berbanding wanita. Oleh itu, menginginkan ‘hak kesamarataan’ dalam membayar bukanlah sesuatu yang relevan, kerana landasan persaingan punca pendapatan itu sendiri juga tidak sama.
Usaha yang berbeza
@profgallowayWhy men should always pay for everything.♬ original sound – Scott Galloway
Pernahkah anda melihat pasangan dimana wanitanya tampil elegan namun lelakinya selekeh? Dalam dunia patriarki, perempuan juga sentiasa dijangka to look their best, seperti memakai kasut tumit tinggi dan mendandan diri seperti kuku, rambut, dan wajah. Fikir sahaja secara logik. Antara wanita yang berhias rapi memakai gaun dan kasut tumit tinggi atau wanita yang memakai oversized sweater tanpa sebarang solekan, yang manakah yang lebih cenderung untuk anda dekati di tempat awam? You’d be lying if you were to say it’s the latter. Malah, ia bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan, kerana sudah menjadi lumrah manusia untuk menyukai sesuatu yang cantik. Jadi, membayar bil tatkala janji temu hanyalah salah satu bentuk compensation buat usaha wanita yang kelihatan sebaik mungkin apabila keluar bersama.
Artikel berkaitan: HOBI BAHARU LELAKI PATUT CUBA BERSAMA PASANGAN
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.











