HAEL HUSAINI, PERJALANAN MUZIK, SEBUAH PERJALANAN DIRI
Bagi Hael Husaini, perjalanan dalam muzik bukan sekadar tentang mengejar pencapaian, tetapi sebuah proses yang membentuk dirinya sebagai pemuzik.
Daripada fasa awal sebagai penulis lagu sehingga berdiri sebagai penyanyi dan pencipta yang berbakat besar, setiap langkah membawa pengalaman. Cabaran dan perspektif baharu yang akhirnya diterjemahkan ke dalam karya.
Buat Hael, muzik sentiasa bergerak seiring dengan kehidupan. Setiap perjalanan, pertemuan dan pengalaman menjadi sumber inspirasi yang memperkayakan cara dia berkarya. Dalam konteks ini, perjalanan bukan sekadar berpindah dari satu destinasi ke destinasi lain. Tetapi tentang membuka ruang kepada pengalaman baharu dan melihat dunia daripada perspektif yang berbeza.


Semangat tersebut menemukan keserasian dengan RIMOWA, sekian lama meraikan perjalanan sebagai medium untuk meluaskan horizon. Meneruskan legasi ketukangan luar biasa dan reka bentuk ikoniknya, RIMOWA memperluaskan koleksi Never Still menerusi siluet kulit baharu yang direka untuk mobiliti harian yang lebih bermakna.


Antara kemunculan terbaharu ialah Never Still Leather Flap Backpack dalam saiz lebih kecil dan rona Mocha. Selain pilihan Anthracite yang hadir dengan karakter kelabu gelap dan bersifat sofistikated. Diperbuat daripada kulit full-grain dengan permukaan beralur timbul yang menggemakan kod reka bentuk RIMOWA. Beg ini menggabungkan fungsi dan estetika dalam satu siluet yang praktikal.

Seperti muzik Hael yang sentiasa berkembang mengikut perjalanan hidupnya, Never Still turut membawa idea bahawa setiap perjalanan mempunyai tujuan. Sama ada menuju ke pentas, studio atau destinasi baharu. Ia menjadi sebahagian daripada perjalanan yang membentuk siapa kita.
Artikel berkaitan: RIMOWA PERLUAS NEVER STILL DENGAN KOLEKSI BEG KULIT BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25
Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) bakal berlangsung dengan barisan nama besar serta bakat baharu yang mencuri perhatian
AMT 2026: HAEL HUSAINI & AISHA RETNO PECAH REKOD DENGAN LIMA PENCALONAN
Hael Husaini dan Aisha Retno merupakan nama tersibuk yang berada di dalam barisan pencalonan Anugerah Melodi Terhangat (AMT 2026).
RIMOWA PERLUAS NEVER STILL DENGAN KOLEKSI BEG KULIT BAHARU
Mengangkat semangat kehidupan yang sentiasa bergerak, RIMOWA memperkenalkan rangkaian beg kulit baharu Never Still.
5 PENYANYI GENERASI BAHARU MALAYSIA YANG SEMAKIN MENYERLAH
Kehadiran penyanyi generasi baharu bukan sahaja menyegarkan industri hiburan tempatan, malah membuktikan bahawa bakat tempatan mampu bersaing dengan penyanyi yang sedia ada.
RIMOWA PERKENALKAN INK BLUE SEBAGAI WARNA KEKAL KOLEKSI ORIGINAL
RIMOWA memperkenalkan Ink Blue, rona kekal baharu bagi koleksi Original ikonik. Terokai reka bentuk, Groove, dan aksesori terbaharu.
RIMOWA LANCAR KEMPEN “FOR A LIFETIME OF LIVES”, MERAIKAN PERJALANAN, WARISAN DAN KETUKANGAN ABADI
RIMOWA terus memperkukuhkan komitmennya terhadap kreativiti, ketukangan dan inovasi dengan pelancaran kempen For a Lifetime of Lives.











