GL THE MAN AWARDS 2026, “MAN OF INFLUENCE” – AMIRUL DANIAL
Biarpun konten fesyen atau gaya hidup, kerjaya atau personal, pereka konten Amirul Danial tidak pernah lekang menunjukkan peribadinya yang berani dan penuh karakter.
Terutamanya dalam era media sosial, tiada siapa yang lebih memahami erti menjadi diri sendiri berbanding Amirul Danial, yang juga lebih senang disapa dengan panggilan Eddy. Dikenali sebagai pereka konten fesyen dan juga pengasas bersama ALL LOVE, ternyata pempengaruh 27 tahun ini terus-menerus memecut dalam berkarya. Pengaruhnya dalam industri fesyen tidak lagi boleh disangkal. Gaya hariannya yang bersahaja, namun tersendiri, terus mengekalkan relevansinya dalam dunia fesyen. Bagi GL The Man Awards 2026, Eddy telah dipilih sebagai penerima anugerah Man of Influence.
1. BAGAIMANA ANDA INGIN GAMBARKAN DIRI ANDA LIMA TAHUN AKAN DATANG?
Saya rasa saya akan menjadi versi diri yang lebih stabil dan berpengetahuan, dan saya bercita-cita mempunyai keluarga. Dari segi materialistik pula, mungkin sebuah rumah dan sekurang-kurangnya sebuah kereta Porsche berwarna hitam matte.
2. BAGAIMANA ANDA KEKAL MENJADI DIRI SENDIRI APABILA SEMAKIN RAMAI ORANG MEMPUNYAI EXPECTATION TERHADAP ANDA?
Ramai yang menyukai saya kerana saya menjadi diri sendiri, jadi mengapa saya perlu berubah sedangkan mereka sudah mengenali saya? Walaupun ramai yang menasihati supaya saya lebih berhati-hati dengan apa yang saya muat naik di media sosial, namun bagi saya, perhatian yang tertumpu kepada saya itu adalah disebabkan oleh siapa diri saya sebenarnya.
3. DI LUAR KERJAYA, APAKAH PERKARA YANG PALING ANDA MINATI?
Saya suka pergi bercuti dengan untuk snowboarding bersama rakan-rakan universiti dan sekolah. Saya pernah pergi Jepun, Korea, dan Turki. Saya sangat gemar bermain papan salji meskipun tidak begitu mahir. Satu lagi perkara yang saya suka lakukan adalah meluangkan masa bersama mak. Saya sering mengunjungi rumah ibubapa untuk berkongsi cerita dan meluahkan segala-galanya kepada mak. I’m a mom’s boy.
4. APAKAH ERTI ‘GOOD STYLE’ BUAT ANDA SEBAGAI SEORANG LELAKI?
Stail yang baik adalah stail yang kekal relevan sepanjang zaman. Jika ia kelihatan menarik untuk digayakan sekarang, ia juga akan kelihatan menarik untuk digayakan pada masa depan, meskipun 10 tahun akan datang. Saya lebih banyak melabur dalam helaian yang saya percaya akan kekal bernilai, walaupun harganya agak mahal.
5. BERKAIT DENGAN TEMA CELEBRATE STYLE, BAGAIMANA ANDA MERAIKAN STYLE DALAM CARA TERSENDIRI?
Saya rasa when you wear the clothes and not the clothes wear you. Contohnya, saya tidak berapa minat trend baju yang terlalu boxy.
6. SATU LAGU YANG BERMAIN DI FIKIRAN SEKARANG?
Foto Kita Blur oleh Sal Priadi. Semasa lawatan terakhir saya ke Jakarta, saya tidak ingat dengan jelas apa yang berlaku sebab I had such a good time.
Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK”- GAJEN CHANDRA
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026, “STAIL TERBAIK”- GAJEN CHANDRA
Gajen Chandra memberi pengaruh di kalangan anak muda sebagai pencipta kandungan dan usahawan muda yang penuh gaya.
UNDIAN GL THE MAN AWARDS 2026 BERMULA! KENALI 10 NOMINEE GL STYLE’S CHOICE
GL The Man Awards kembali buat edisi 2026. Penerima Style’s Choice bakal dipilih oleh para pembaca GLAM Lelaki melalui undian. Sebelum itu, kenali 10 nominee ini!
GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE
GLAM Lelaki kembali dengan kategori eksklusif buat GL The Man Awards 2026, Style's Choice bersama Co-Chair yang akan diumumkan nanti.
AVANT-GARDE & HIGH FASHION DESIGNER “ON YOUR RADAR”
Sorotan pereka avant-garde dan high fashion Malaysia yang wajar diberi perhatian dalam landskap fesyen kontemporari tempatan.
CLUB21 LAB ANGKAT JENAMA TEMPATAN KE BUTIK THE SHOPPES
CLUB21 Lab bawakan jenama lokal seperti Anaabu, All Love, Ghostboy dan banyak lagi ke butik baharu di The Shoppes at Four Seasons KL.
6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025
Kini setaraf dengan label antarabangsa, label tempatan turut menjadi dominasi utama buat tahun 2025 yang meriah.











