8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI
Dari lagu “Alamak Raya Lagi” daripada kumpulan De Fam kepada “Ketipak Ketipung Raya” nyanyia duet Aisha Retno dan Aziz Harun, apakah lagu raya baharu 2024 pilihan anda lebaran ini?
Pejam celik pejam celik, Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Dan, tidak sempurna sambutan lebaran tanpa dendangan lagu-lagu raya yang cukup ikonik dan evergreen sepanjang zaman. Antaranya “Satu Hari Di Hari Raya” nyanyian Datuk M. Nasir, “Balik Kampung” oleh Allahyarham Sudirman dan juga “Sesuci Lebaran” daripada Datuk Sri Siti Nurhaliza.
Dalam meraikan kemeriahan hari lebaran tahun ini, penyanyi-penyanyi tempatan tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan lagu-lagu raya yang baharu. Antara yang awal melancarkan lagu raya baharu adalah kumpulan De Fam. Lagu “Alamak Raya Lagi” yang dinyanyikan oleh Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana ini telah menjadi fenomena dengan lebih 5 juta tontonan di YouTube.
Hael Husaini melancarkan bukan satu, tapi dua lagu raya tahun ini. Penyanyi berbakat itu mengeluarkan lagu “Hari Raya” sebelum melancarkan lagu kedua yang berjudul “Raya Kita Raya”. Pemenang tempat kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL 38), Aisha Retno pula berduet bersama Aziz Harun untuk lagu berjudul “Ketipak Ketipung Raya”.
Lebih istimewa lebaran tahun ini, kumpulan rock legenda, Search turut sama melancarkan sebuah lagu raya buat pertama kali. Selepas 30 tahun penglibatan dalam industri muzik, Search mengeluarkan lagu berjudul “Sujud Aidilfitri” yang diciptakan oleh Jun dan Search sendiri.
Berikut adalah 7 lagu raya baharu tahun ini pilihan GLAM Lelaki:
1. Alamak Raya Lagi – De Fam
2. Hari Raya – Hael Husaini
3. HAHAHAHAHari Raya – Ernie Zakri
4. Jalan-Jalan Hari Raya – Aina Abdul
5. Raya Mana? – Nabila Razali
6. Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno, Aziz Harun
7. Raikan Raya – Syamel
8. Sujud Aidilfitri – SEARCH
Lagu Raya Bonus
Santai Raya – Faizal Tahir & Naqiu
Raya Kita Raya – Hael Husaini
Baca lebih lanjut: RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMT 2026: HAEL HUSAINI & AISHA RETNO PECAH REKOD DENGAN LIMA PENCALONAN
Hael Husaini dan Aisha Retno merupakan nama tersibuk yang berada di dalam barisan pencalonan Anugerah Melodi Terhangat (AMT 2026).
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
AINA ABDUL X MELINDA LOOI: APABILA FESYEN JADI PERSEMBAHAN
Bagi Aina Abdul, naik ke pentas bukan sekadar soal suara. Penampilan harus on point, siluet kena masuk dan setiap detail perlu ada cerita. Bersama Melinda Looi, fesyen bukan sekadar outfit, ia menjadi sebahagian daripada persembahan.
5 PENYANYI GENERASI BAHARU MALAYSIA YANG SEMAKIN MENYERLAH
Kehadiran penyanyi generasi baharu bukan sahaja menyegarkan industri hiburan tempatan, malah membuktikan bahawa bakat tempatan mampu bersaing dengan penyanyi yang sedia ada.
10 LAGU BAKAL BERENTAP MEMBURU GELARAN JUARA ANUGERAH JUARA LAGU 40
10 buah lagu diumumkan mara ke pentas akhir AJL 40 bagi memburu gelaran juara selepas berakhirnya saingan Separuh Akhir.
AQASHA, AISHA RETNO & MILA MOHSIN PENERAJU UTAMA PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICAL 2026
Baru sahaja diumumkan dua hari lepas, Aqasha, Aisha Retno dan Mila Mohsin merupakan bintang baharu PGL The Musical 2026.











