ADIDAS MALAYSIA MENGUASAKAN KOMUNITI KREATIF LOKAL DENGAN ‘HOME OF CLASSICS’
adidas Malaysia membawakan “Home of Classics” dengan acara berasaskan muzik untuk mengangkat bakat tempatan dan komuniti kreatif di REXKL.
Meneruskan legasi buat generasi baharu, adidas membawakan kembali iterasi kepada koleksi utama di bawah label Originals melalui kempen “Home of Classics”. Dengan menganjurkan beberapa acara di pusat Kuala Lumpur, adidas Malaysia mahu menguasakan komuniti kreatif lokal dan peminat menerusi adidas Originals dan adiClub.
Merangkumi tiga desain penuh sejarah – Superstar, Gazelle dan Forum, “Home of Classics” mewakili budaya dan komuniti sejak berdekad lagi. Dengan inspirasi ini, adidas Malaysia membawakan “Home of Classics” yang akan dikuasakan oleh acara-acara berasaskan muzik. Ia juga diadakan untuk mengangkat bakat tempatan dan komuniti kreatif di REXKL.
Setiap acara yang diadakan terbuka kepada semua, dengan tiket masuk percuma kepada ahli adiClub Level 1 hingga Level 4 yang berdaftar melalui adidas Malaysia. Ahli dari semua peringkat yang menggayakan kasut sniker kegemaran adidas Originals mereka juga berpeluang untuk mendapatkan ganjaran istimewa.
Acara Lepas Geram dan Hip Hop Night yang dikuasakan oleh adidas Originals telah diadakan pada 29 April dan 6 Mei 2023 yang lalu. Dan, ahli adiClub juga berpeluang untuk menghadiri satu lagi acara yang akan diadakan pada 12 Mei 2023.
Dub Tings powered by adidas Originals
Tarikh: Jumaat, 12 Mei 2023
Waktu: 8:00PM
Lokasi: Event Hall Foyer, REXKL 80, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur.
Ahli adiClub Level 1 hinga Level 4 boleh mendapatkan tiket percuma ke acara Dub Tings dengan mendaftar di sini. Peminat boleh mendaftar sebagai ahli adiClub di sini.
Foto: adidas Malaysia
Baca lebih lanjut: APAKAH KELEBIHAN ADICLUB BUAT PEMINAT ADIDAS DI MALAYSIA?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 KASUT BERGAYA PILIHAN AEDY ASHRAF DAN ANNA JOBLING
Sama ada di set penggambaran mahupun bergaya ke acara sekitar kota, Aedy Ashraf dan Anna Jobling kekal bergaya dan selesa dengan pilihan kasut daripada Bata Red Label.
5 FAKTA MENGENAI KASUT ADIDAS SAMBA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU
Tahukah anda adidas Samba merupakan antara kasut sniker terawal yang menampilkan rekaan 3-Stripes yang ikonik pada hari ini?
ECCO RAI ULANG TAHUN KE-60 BERSAMA TAY TAWAN DI BANGKOK
GLAM Lelaki terbang ke Bangkok untuk meraikan ulang tahun ke-60 ECCO dengan pelancaran koleksi Musim Bunga/Panas 2023 bersama bintang Thai, Tay Tawan.
APAKAH KELEBIHAN ADICLUB BUAT PEMINAT ADIDAS DI MALAYSIA?
Ahli adiClub di Malaysia akan mendapat pelbagai ganjaran, serta menyertai adiClub Members Week yang akan diadakan pada 27 April hingga 7 Mei 2023.
10 KASUT RAYA PILIHAN GLAM LELAKI 2023
Kasut raya adalah antara aksesori dan keperluan seseorang lelaki. Kasut juga memainkan peranan besar bagi menonjolkan lagi kekemasan dan alfanya seorang lelaki untuk raya 2023 ini.
SNEAKERTOPIA – PAMERAN BUDAYA JALANAN BUAT PEMINAT KASUT SNIKER DAN SNEAKERHEAD
“Sneakertopia: Step Into Street Culture” sedang berlangsung di ArtScience Museum, Singapura dengan lebih 100 kasut sniker edisi-terhad dan banyak lagi.