NEW BALANCE MELANCARKAN STOR KONSEP ‘AESTHETIC’ BAHARU DI MALAYSIA
Dalam memberikan pengalaman beli-belah yang segar, New Balance memperkenalkan konsep baharu pada stor mereka di Malaysia yang terletak di Sunway Pyramid.
Berita baik buat peminat New Balance di Malaysia! New Balance memperkenalkan wajah baharu pada stor mereka yang terletak di Sunway Pyramid. Dengan pembukaan semula stor ini, New Balance melancarkan konsep baharu yang lebih ‘aesthetic’ untuk memberikan pengalaman beli-belah yang terkini dan tersendiri.
Stor berkonsep baharu ini bukan hanya destinasi untuk mendapatkan kasut sniker kegemaran anda. Kali ini, New Balance Malaysia mahu memberikan perhatian kepada setiap pengunjung yang masuk ke stor mereka. Dan bukan hanya produk yang menjadi tarikan utama yang cuba diterjemahkan dalam konsep baharu ini.
Apabila melangkah ke stor di Sunway Pyramid ini, pengunjung akan melihat seni dekorasi yang serba baharu. Ianya lebih cerah dan terbuka. Desain stor kali ini menumpukan pada tempat duduk di bahagian tengah kedai. Oleh itu, New Balance berharap pengunjung dalam menceduk inspirasi antara satu sama lain. Lantas menjumpai stail yang lebih autentik.
Penceritaan Visual New Balance di Sunway Pyramid
Bagaikan sebuah penceritaan visual, pengunjung akan mendapati seleksi produk yang terkini dan cerita di sebalik setiap rekaan. Mengetengahkan warisan dan cerita dari setiap rekaan, jenama asal Amerika Syarikat ini terus menggabungkan antara unsur sukan dan budaya. Dan kasut sniker New Balance kini juga menjadi sebahagian daripada budaya pop dan sneaker culture di seluruh dunia.
Sama ada koleksi sukan mahupun himpunan gaya hidup dan streetwear, pengunjung dapat melihat susun atur yang terbahagi kepada beberapa bahagian. Ini akan memudahkan pengunjung untuk mendapatkan produk mereka dengan mudah. Konsep terbaharu ini juga mementingkan inclusivity, tanpa membeza koleksi lelaki dan wanita mahupun kanak-kanak. Ini kerana kebanyakkan koleksi mereka kini bersifat uniseks dan boleh digayakan oleh semua.
Apa yang menarik mengenai stor ini adalah ia mempunyai sebuah mesin untuk memberikan ukuran kaki sebenar. Boleh divuba secara percuma, pengunjung boleh mencuba mesin ini untuk mendapatkan ukaran sebenar kaki anda, termasuklah bentuk dan juga ukuran lain yang penting untuk mendapatkan kasut yang sempurna. Dengan data-data yang diberikan, New Balance dapat memberikan desain dan saiz kasut yang sempurna untuk semua.
Stor New Balance yang terletak di pusat beli-belah Sunway Pyramid dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 10 malam. Atau peminat boleh membeli sneaker terbaharu dan produk terkini di laman web rasmi mereka di sini.
Baca lebih lanjut: 5 SNIKER YANG PALING MAHAL DI DUNIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI
Adakah anda sedang mencari idea fesyen baru? Ketahu lima produk fesyen menarik untuk dimiliki. #GLAMLelaki approved.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI SNEAKER IKONIK, ADIDAS SUPERSTAR
Bulan ini, adidas Originals melancarkan edisi kasut sniker ikonik Superstar XLG terbaharu yang telah dilihat digayakan oleh bintang popular Thailand, Bright.
10 KASUT BERGAYA PILIHAN AEDY ASHRAF DAN ANNA JOBLING
Sama ada di set penggambaran mahupun bergaya ke acara sekitar kota, Aedy Ashraf dan Anna Jobling kekal bergaya dan selesa dengan pilihan kasut daripada Bata Red Label.
ADIDAS MALAYSIA MENGUASAKAN KOMUNITI KREATIF LOKAL DENGAN ‘HOME OF CLASSICS’
adidas Malaysia membawakan “Home of Classics” dengan acara berasaskan muzik untuk mengangkat bakat tempatan dan komuniti kreatif di REXKL.
ECCO RAI ULANG TAHUN KE-60 BERSAMA TAY TAWAN DI BANGKOK
GLAM Lelaki terbang ke Bangkok untuk meraikan ulang tahun ke-60 ECCO dengan pelancaran koleksi Musim Bunga/Panas 2023 bersama bintang Thai, Tay Tawan.
10 KASUT RAYA PILIHAN GLAM LELAKI 2023
Kasut raya adalah antara aksesori dan keperluan seseorang lelaki. Kasut juga memainkan peranan besar bagi menonjolkan lagi kekemasan dan alfanya seorang lelaki untuk raya 2023 ini.