Skip to content

melur untuk firdaus 2

BALIK KAMPUNG RAYA INI DENGAN RANCANGAN DARIPADA BINTANG-BINTANG TEMPATAN

Kongsikan artikel ini
4 of 6

Sharifah Rose – Do You Love Me, Captain?, Kekasih Hati Mr. Bodyguard, Ku Punya Hati

sharifah rose

Pelakon versatil dan berbakat, Sharifah Rose sentiasa menjayakan setiap watak yang dimainkannya. Dalam “Kekasih Hati Mr. Bodyguard”, beliau memainkan watak Hana, seorang wanita garang yang bertekad untuk merungkai satu misi. Plot cerita berkembang apabila Hana sering bertengkar dengan bekas pengawal peribadinya. Namun lama-kelamaan, perasaan cinta mula berputik dalam hati masing-masing apabila mereka menghabiskan lebih masa bersama. Dalam “Ku Punya Hati” pula, sisi Sharifah yang ceria dan bertenaga tertonjol apabila beliau memainkan peranan Rashidah, yang berubah menjadi seorang pempengaruh dan artis media sosial dalam sekelip mata. Saksikan bagaimana watak ini mengharungi jatuh bangun kemasyhuran, yang mempamerkan bakat lakonan Sharifah.

Satu lagi watak Sharifah yang tidak dapat dilupakan tentunya ialah Daneena dalam “Do You Love Me, Captain?”. Sharifah dapat menyampaikan emosi kompleks ke dalam watak ini yang menyamar sebagai seorang pembantu rumah untuk melarikan diri dari makciknya yang jahat. Persembahan Sharifah yang dinamik menjadikannya pelakon yang cukup mengagumkan.

 

4 of 6

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Meerqeen

4 GAYA RAMBUT TERBAIK MEERQEEN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut