Skip to content

GL Meraikan Hari Wanita Dengan ‘STAND TOGETHER’

Kongsikan artikel ini

Hari Wanita Sedunia dirai meriah setiap tahun dan GLAM Lelaki tidak ketinggalan dalam meraikan wanita. Istimewanya, Blu Inc Media merealisasikan semangat waja insan bergelar wanita menerusi sebuah filem pendek berjudul Stand Together istimewa buat anda semua. 

Filem yang sarat dengan mesej untuk wanita ini dibintangi tiga pelakon hebat negara: Jasmine Suraya Chin, Sharifah Sakinah dan Sangeeta Krishnasamy. Berpaksi pada satu solidariti wanita di mana Blu Inc Media ingin menyeru semua wanita di luar sana untuk menyokong satu sama lain dan diri sendiri. Berdurasi selama tiga minit, filem pendek tanpa dialog ini mengisahkan tentang tiga wanita dengan latar belakang berbeza iaitu Mia, Geetha dan Soo yang masing-masing punyai masalah dan berdepan dengan cabaran dalam kehidupan. Terima kasih kepada semua pihak penaja yang menaja kerjasama ini iaitu Samsung Malaysia, FOSSIL, Kose Malaysia dan Jibby by The Park serta Common Ground selaku penaja lokasi penggambaran.

Tonton video penuh di bawah ini:

DINDING INTERAKTIF

Selain daripada filem pendek ini, Blu Inc Media turut menyediakan lima dinding interaktif untuk anda libatkan diri dalam kempen ini di Pavilion Kuala Lumpur. Setiap dinding mengandungi mesej yang memberikan inspirasi. Kongsikan tentang diri anda dan cari lebih lanjut mengenai diri anda melalui petikan daripada wanita berpengaruh, kata-kata motivasi, serta tinjauan yang mendedahkan pandangan tentang minda dan gaya hidup semasa anda.

Dinding itu akan berada di sana bermula 6 hingga 22 Mac. Terdapat juga peraduan untuk anda ambil bahagian dengan hadiah menarik daripada KOSÉ dan Fossil. Ikuti kami di laman media sosial ini untuk mendapatkan maklumat lanjut: GLAMLelaki  atau pautan ini https://www.instagram.com/p/B9ZFuzhgmjR/.

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 JEJAKA PALING BERPENGARUH DI INTERNET

5 JEJAKA PALING BERPENGARUH DI INTERNET

Bacaan Lanjut

DI SEBALIK TABIR ‘STAND TOGETHER’ BERSAMA SAMSUNG GALAXY S20 ULTRA 5G

Bacaan Lanjut

‘STAND TOGETHER’ – CUKUP-CUKUPLAH WANITA MENJADI MANGSA!

Bacaan Lanjut

RAIKAN CINTA DENGAN KOLEKSI FOSSIL VALENTINE-SPRING 2020

Bacaan Lanjut

RAIKAN MUSIM CUTI DENGAN THE STARMASTER DAN FOSSIL HOLIDAY COLLECTION 2019

Bacaan Lanjut

FOSSIL GEN 5, DIPERKASA DENGAN VARIASI FUNGSI TERHEBAT

Bacaan Lanjut