INTERPRETASI PROGRESIF JERSI KELAB BOLA SEPAK IKONIK EROPAH
Dari Manchester City kepada AC Milan, PUMA memperkenalkan 10 desain jersi ketiga baharu untuk kelab bola sepak Eropah ikonik bersempena acara maya ‘The Show’.
Saban musim, kelab bola sepak utama akan memperkenalkan desain jersi baharu yang bakal menjadi rebutan peminat di seluruh dunia. Bersempena dengan acara maya ‘The Show’, jenama sukan global PUMA memperkenalkan 10 desain jersi ketiga baharu buat kelab bola sepak ikonik di Eropah. Acara eksklusif itu dihoskan oleh wartawan bola sepak terkenal, Kelly Somers di Youtube.
Dari Manchester City kepada AC Milan, PUMA mempersembahkan first look secara eksklusif kepada peminat untuk melihat sendiri desain jersi ketiga terbaharu. Kelab bola sepak Eropah lain termasuklah Valencia C.F, Borussia Mönchengladbach, Olympique de Marseille, Stade Rennais F.C., Shakhtar Donetsk, Fenerbahçe, Krasnodar dan juga PSV Eindhoven. Jersi baharu ini akan dipakai oleh pemain untuk perlawanan edisi 2021/22.
Acara maya ‘The Show’ ini turut menampilkan kemunculan istimewa barisan bintang bola sepak terkenal. Antaranya Olivier Giroud, Fernandinho, Dimitri Payet, Esme Morgan, Laura Giuliani, Yunus Musah, dan ramai lagi. Peminat yang menyaksikan secara langsung ini juga berpeluang untuk memenangi jersi ketiga kelab pilihan mereka, selain dapat melihat inspirasi rekaan yang disampaikan sendiri oleh Senior Product Line Manager, Yannick Maspimby dan Senior Graphic Designer, Ulrich Planer.
Setiap jersi ketiga ini menggunakan 100% poliester kitar semula bersama teknologi PUMA dryCELL thermoregulation yang akan memastikan setiap atlet sentiasa berasa kering dan selesa, tanpa menghalangkan setiap pergerakan. PUMA juga menggunakan inovasi Dope Dye yang dapat mengurangkan penggunaan air dan warna ketika proses pembuatan, lantas menghasilkan produk yang lebih lestari.
Kesemua 10 desain jersi ketiga kelab bola sepak baharu PUMA ini sudah boleh didapati melalui PUMA.com, stor PUMA, AL-Ikhsan, TFC Football Boutiquw dan Sports Direct.
Foto: PUMA
Baca lebih lanjut: PECAH REKOD PERPINDAHAN, JACK GREALISH SAH MILIK MANCHESTER CITY
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BINTANG POP, CODY SIMPSON KINI BERGELAR ATLET RENANG AUSTRALIA
Dari pentas nyanyian ke kolam renang, Cody Simpson bakal mewakili Australia ke Sukan Komanwel 2022 selepas menduduki tempat ketiga di Kejohanan Renang Australia.
ATLET SUKAN YANG PALING KAYA PADA 2022
Pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi mengungguli senarai atlet paling kaya dengan pendapatan melebihi RM 570 juta menewaskan LeBron James dan Cristiano Ronaldo sepanjang 12 bulan yang lalu.
TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA KELESTARIAN, UMUM KERJASAMA BERSAMA SHAWN MENDES
Tommy Hilfiger melantik Shawn Mendes untuk projek ‘Play it Forward’ dan kempen ‘Classics Reborn’.
SANTAI BERGAYA, MICHAEL KORS & ELLESSE BERSATU
Garapan stail retro ‘70-an membentuk keseluruhan koleksi kapsul Michael Kors bersama jenama sukan Ellesse. Bakal bertemu peminat fesyen pada penghujung Mei nanti.
CRISTIANO RONALDO MERATAPI PEMERGIAN BAYI LELAKI KEMBARNYA
Pemain bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodrigues mengumumkan kematian bayi lelaki kembar mereka melalui media sosial Isnin lalu.
CRISTIANO RONALDO ALAMI KERUGIAN BESAR
Cristiano Ronaldo menanggung kerugian apabila kediaman mewahnya di Trump Tower hanya berjaya dijual pada separuh harga.