Skip to content

NOVAK DJOKOVIC JUARA TERBUKA PERANCIS 2021

Kongsikan artikel ini

Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic mencipta sejarah selepas menjuarai kejohanan Roland Garros kedua dengan menewaskan pemain dari Greece, Stefanos Tsitsipas di Terbuka Perancis 2021.

Bintang tenis Serbia, Novak Djokovic menepati ramalan selepas memenangi Terbuka Perancis 2021 selepas menewaskan pemain muda dari Greece, Stefanos Tsitsipas. Pemain nombor satu dunia itu memerlukan lima set untuk menjulang piala Roland Garros keduanya, lantas mencipta sejarah sebagai pemain pertama dalam Open Era untuk menjuarai sekurang-kurangnya dua kali pada setiap kejohanan Grand Slam.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Novak Djokovic menewaskan pemain nombor lima dunia itu dengan skor 6-7 2-6 6-3 6-2 6-4 dengan mengambil masa lebih dari empat jam. Bermula sedikit perlahan selepas kalah dua set pertama, sebelum pemain berusia 34 tahun itu mengejar untuk memenangi tiga set seterusnya. Ini merupakan perlawanan akhir pertama di peringkat Grand Slam buat Stefanos Tsitsipas yang baru berusia 22 tahun.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Pada perlawanan separuh akhir, Novak Djokovic telah menewaskan juara Roland Garros sebanyak 13 kali, Rafael Nadal. Dengan kemenangan di kota Paris ini, dia kini memiliki 19 piala Grand Slam keseluruhan, satu di belakang Roger Federer dan Rafael Nadal yang masing-masing memegang rekod dalam kategori lelaki dengan 20 kejuaraan. Dia dijangkakan akan melepasi angka 20 itu dengan dua lagi kejuraan Grand Slam di Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat tahun ini.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Dalam kategori wanita pula, Barbora Krejcikova menjadi pemain kedua dari Czech Republic yang berjaya menjulang piala Suzanne Lenglen selepas menewaskan pemain Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova. Dia turut mencipta sejarah dengan memenangi kategori beregu waniita bersama Katerina Siniakova, lantas menjadi wanita pertama sejak Mary Pierce mengungguli kedua-dua kategori pada Terbuka Perancis 2000.

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: TEMU BUAL BERSAMA PELAKON UTAMA LUPIN, OMAR SY & LUDIVINE SAGNIER (SPOILER ALERT)

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GLAM LELAKI Mierul Aiman

HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY

Bacaan Lanjut
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

Bacaan Lanjut
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

Bacaan Lanjut
BRAD PITT & INES DE RAMON MENIKMATI PERCUTIAN DI KOTA CINTA

BRAD PITT & INES DE RAMON MENIKMATI PERCUTIAN DI KOTA CINTA

Bacaan Lanjut
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

Bacaan Lanjut
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”

RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”

Bacaan Lanjut