Skip to content

“PENYAMPAIAN PSIKO ATAU REVERSE PSYCHO MAINKAN PERANAN..” KENALI SAFWAN SAWI, WARTAWAN TV3 VIRAL DEK GAYA LAPORAN BERSAHAJA

Kongsikan artikel ini

Isu MRT pernah hangat diperkatakan. Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) aliran Sungai Buloh-Kajang yang baru dilancarkan ternyata mendapat respon positif daripada masyarakat tempatan khususnya. Bercakap mengenai MRT, pasti kita tidak boleh melupakan sedutan laporan seorang wartawan yang menarik perhatian penonton dengan gaya penyampaian bersahaja ketika tampil dengan sebuah laporan khas berkaitan MRT di Buletin Utama baru-baru ini, seterusnya laporan TNB dan lain-lain. Mungkin inginkan sesuatu kelainan atau juga ingin menonjolkan identitinya tersendiri, GLAM Lelaki menghubungi wartawan TV3 Safwan Sawi dan memintanya berkongsi pengalaman serta identiti penyampaiannya bersama kami.

4 of 6

GLAM Lelaki: Gaya penyampaian anda yang bersahaja ini seakan refleksi identiti anda seorang yang ‘fun’ dan ‘happening’ namun masih serius dalam melunaskan tanggungjawab. Komen anda?

SAFWAN SAWI: Campaklah wartawan itu ke mana sahaja seseorang wartawan itu perlu tahu memilih tona berita mengikut kesesuaian isu. Bukan semua ia perlu disampaikan dengan ‘fun’ atau ‘happening’. Apa sahaja situasi yang cuba disampaikan sama ada ianya berita yang berat atau ringan atau dalam bentuk apa jua sekalipun, kau nak terbang, berenang, bergolek, campak barang, ‘catwalk’ dan macam-macam lagi – kata kunci wartawan tetap berpegang pada deria berita (news sense) iaitu sebuah berita yang mempunyai impak mendalam terhadap masyarakat.

Ketika saya menemubual secara eksklusif tanpa sengaja bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di dalam MRT sejurus selepas pelancarannya. Ada yang mengatakan saya tidak serius, tidak mengikut protokol, tidak hormat pada PM kerana selepas sesi temubual saya berswafoto secara peribadi dan tidak menonjolkan berita mengenai MRT. Saya mohon maaf sekiranya tindakan saya itu menyinggung perasaan mana-mana pihak. Namun ada ‘news sense’ tersirat yang cuba saya sampaikan.

1. PM pernah mengajak rakyat di dalam Twitter dan Facebook beliau untuk berswafoto sekiranya menaiki MRT terutamanya jika singgah ke Stesen Merdeka yang terdapat ukiran unik Rukun Negara di salah sebuah dinding stesen berkenaan. Saya mengambil saranan itu untuk berswafoto dengan PM. ‘Point’ saya mudah iaitu untuk mempromosi #jomnaikmrt #naikmrtje supaya mereka yang akan memuat naik gambar dengan hashtag berkenaan berlatarkan MRT turut teruja untuk menaiki MRT.

2. ‘Point’ untuk berswafoto bersama PM juga sebenarnya mahu memaparkan pemimpin nombor satu negara kita sebenarnya mesra rakyat dan ‘sporting’ untuk diajak berswafoto. Maka secara tidak langsung mesej berita adalah mahu mengajak rakyat untuk sama-sama merasai MRT dengan promosi #jomnaikmrt #naikmrtje.

Maknanya di sini biarpun ia dilakukan dengan bersahaja tetapi setiap tindakan yang dilakukan perlu ada mesej jelas atau ‘news sense’ kepada penonton.

GLAM Lelaki: Siapakah idola anda dalam bidang kewartawanan? Adakah anda memandang tinggi seseorang sehinggakan mempengaruhi tindakan anda untuk melakukan gaya penyampaian tersebut. 

SAFWAN SAWI: Antaranya…

  1. Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar – Bercakap dengan bakat + otak
  2. Mariamah Tijo – Otai Legend
  3. Oli Pettigrew – Bersahaja
  4. Andy Cohen – Most talkative
  5. Najip Ali – Gila-gila!

Saya tidak pernah meletakkan mereka sebagai idola atau pengaruh kerana takut dikatakan meniru perwatakan mereka. Namun apa yang saya lakukan membuat pemerhatian dan belajar daripada apa yang mereka sajikan kepada pendengar dan penonton. Ada antara nama mereka ini tidaklah diketahui umum apatah lagi anak-anak muda sekarang atau nama mereka tidaklah sehebat manapun namun apa yang saya kagum mereka sederhana dan tidak terlalu menonjol tetapi ada karisma, aura, kelas dan gah yang tersendiri dalam profesion masing-masing.

Teruskan membaca…

4 of 6

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut