Skip to content

SENARAI BUFET RAMADAN HOTEL PILIHAN GLAM LELAKI YANG LAZAT & HARGA BERPATUTAN

Kongsikan artikel ini
3 of 8

SANTAPAN DIRAJA – HILTON KUALA LUMPUR

Nikmati hidangan berbuka puasa seperti keluarga DiRaja. Tahun ini sepanjang bulan puasa, Hilton Kuala Lumpur akan menampilkan hidangan masakan Malaysia yang meluas. Dengan lebih daripada 300 hidangan yang disajikan, anda pasti akan rambang mata untuk memilih. Vasco di Hilton Kuala Lumpur akan menampilkan sajian DiRaja terbaik di Malaysia sepanjang bulan Ramadan ini.

Mempamerkan bufet yang bertemakan “Santapan DiRaja,” hidangan yang disajikan adalah kegemaran keluarga kerajaan Perak, Melaka, Johor dan banyak lagi. Sesi berbuka puasa anda akan ditemani dengan persembahan muzik Gamelan dan Silat pada setiap hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Jangan lupa untuk bawa pulang cenderahati iaitu Tengkolok mini sebaik sahaja anda selesai berbuka puasa di Vasco Hilton Kuala Lumpur.

Bufet bulan puasa bermula dari 5 Mei sehingga 4 Jun 2019 bermula dari 6 petang sehingga 10.30 malam. Harga untuk dewasa adalah RM188 nett dan kanak-kanak pula RM100 nett (umur enam sehingga 11 tahun sahaja).

Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi +603 2264 2277  atau email kepada kulhi-salesdm@hilton.com

3 of 8

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut