BUKAN SEKADAR LASAK: SUKAN EKSTREM PILIHAN LELAKI HARI INI
Lelaki hari ini bukan lagi hanya melepak di gim atau bersenam seminggu sekali. Dalam dunia serba sibuk, ramai yang mula mencari aktiviti yang boleh buat tubuh cergas dan jiwa rasa hidup semula. Masuklah dunia sukan ekstrem, aktiviti yang bukan saja cabar fizikal, tapi juga beri kepuasan luar biasa.
Bayangkan: anda tergantung di dinding batu setinggi tiga tingkat, atau berlari melawan angin di laluan denai dalam hutan. Peluh yang mengalir itu bukan sekadar tanda penat, ia jadi bukti bahawa anda masih bernafas, masih kuat, dan masih ada daya juang. Tidak hairan kalau sukan ekstrem kini jadi trend lelaki zaman sekarang yang nak lebih daripada sekadar rutin biasa.
Lebih menarik, aktiviti ini juga buka ruang untuk ekspresi diri. Sama ada anda jenis introvert yang tenang atau extrovert yang gemar aksi, pasti ada satu sukan ekstrem yang ‘kena’ dengan jiwa anda.
Sukan Ekstrem Pilihan Lelaki Sekarang
1. Wall Climbing & Bouldering

Kredit foto: Getty Images
Panjat dinding bukan lagi hanya kerja Spider-Man. Di bandar besar, wall climbing dah menjadi antara aktiviti wajib untuk lelaki yang suka cabaran. Fokus, strategi, dan kekuatan otot semua diuji dalam satu masa. Kalau anda nak lebih ‘freestyle’, bouldering yang tidak pakai tali lebih thrill dan bebas.
2. Sukan Ekstrem Trail Running & Hiking Hardcore

Kredit foto: Getty Images
Lupakan treadmill. Lelaki sekarang sudah mula hargai alam dengan berlari atau hiking di laluan semula jadi. Dari Bukit Gasing ke Gunung Nuang, aktiviti ini bantu tingkatkan stamina, beri mental clarity, dan buat badan jadi lebih ‘solid’ secara semula jadi.
3. Muay Thai & MMA

Kredit foto: Getty Images
Nak keluarkan stres atau nak jadi lebih yakin diri? Ramai lelaki hari ini pilih Muay Thai dan MMA kerana dua-dua bukan sahaja mencantikkan badan, tetapi juga menguatkan minda. Latihan intensif ini mengajar disiplin, fokus, dan cara kawal emosi tidak kisahlah apa masalah yang datang.
4. Sukan Esktrem Skateboarding & BMX

Kredit foto: Getty Images
Skate bukan hanya budaya remaja. Sekarang makin ramai lelaki dewasa sertai komuniti skate dan BMX sebab ia gabungan seni gerakan dan kebebasan gaya hidup. Tambah lagi, siapa tidak suka bila nampak style atas papan roda?
5. Parkour & Calisthenics

Kredit foto: Getty Images
Parkour ajar anda gerak bebas, lompat, panjat, atau berlari dari halangan tanpa henti. Calisthenics pula lebih kepada latihan berat badan guna kekuatan diri sendiri. Kedua-duanya tidak perlukan alat mahal, tetapi hasilnya badan jadi fleksibel dan lean persis superhero filem.
Sukan Ekstrem Lebih Dari Sekadar Sukan
Sukan ekstrem tidak semestinya untuk yang ‘berani mati’ sahaja. Ia adalah cara baru lelaki zaman sekarang cari keseimbangan antara tekanan kerja, kesihatan fizikal, dan kepuasan batin. Ingin bentuk badan dan mencari ketenangan pun boleh.
Apa pun pilihan anda, satu sahaja yang pasti dalam dunia sukan ekstrem, setiap peluh dan luka kecil ada makna. Jadi, bila kali terakhir anda cabar diri keluar dari zon selesa?
Artikel berkaitan: PICKLEBALL: TREND SUKAN TERBARU DI MALAYSIA UNTUK DICUBA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Kenali Hyrox, trend kecergasan global kini tiba di Malaysia. Ketahui cara sertai, latihan, dan sebab lelaki maskulin wajib cuba.
HEADPHONES WORKOUT TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Berita baik, kini terdapat pelbagai pilihan fon kepala terbaik di pasaran yang direka khusus untuk menyokong gaya hidup aktif anda.
PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI
Tennis! Pickleball! Padel! Badminton! Ping Pong! Squash! GLAM Lelaki senarai tips 101 sukan tahap kesukaran, manfaat, dan #vibes yang berbeza.
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS
Jenama gaya hidup berinspirasikan sukan FILA melancarkan Koleksi FILA x Smiley® yang riang dan ceria untuk dipadankan suasana cerah musim ini.
PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER
Piala Ryder ialah pertandingan golf berkumpulan dwitahunan antara Eropah dan Amerika Syarikat. Edisi tahun ini berlangsung di Marco Simone Golf & Country Club dari 29 September hingga 1 Oktober.