GILIRAN TYLER CLINTON DOMINASI DUNIA PERAGAAN
Kebelakangan ini, populariti model-model generasi baru mendadak bukan sahaja kerana rupa mereka tetapi juga kerana nama dan lahir dari keluarga yang berpengaruh. Antaranya adalah Kaia Gerber (anak perempuan Cindy Crawford), Lily-Rose Depp (anak perempuan Johnny Depp), Kendall Jenner, Gigi, Bella, dan Anwar Hadid, Rafferty Law, dan ramai lagi.
Baru-baru ini, seorang model baru dengan latar belakang keluarga yang agak berpengaruh telah menarik tumpuan ramai sejak dilihat menghadiri sebuah acara rasmi pada tahun 2016. Introducing Tyler Clinton, yang merupakan anak saudara kepada bekas presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan Hilary Clinton yang juga pernah bertanding untuk presiden sebelum ini.
Model berusia 22 tahun itu dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama IMG Models yang turut mewakili Ashley Graham, Gigi Hadid, Karlie Kloss, serta ramai lagi model-model ternama. Walaupun masih baru lagi dalam industri ini, Tyler telah mengisi ruangan profilnya di laman sesawang IMG dengan beberapa gambar yang menarik.

Tyler Clinton
Sumber GLAM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
STYLISH BAK GAYA ROMEO BECKHAM DI HARI VALENTINE
Pakaian apa yang patut digayakan untuk temu janji istimewa di Hari Valentine? Amati gaya street style terbaik Romeo Beckham sepanjang masa.
5 NEPO BABY YANG MENGIKUT JEJAK LANGKAH IBU BAPA MODEL
Barisan model generasi baharu yang mewarnai pentas peragaan, dada majalah dan kempen kecantikan jenama terkenal.
ALL EYES ON ROMEO BECKHAM PLEASE!
Anak teruna pasangan sensasi dunia, David Beckham dan Victoria Beckham mencuri perhatian radar rumah fesyen global.
ADAM AZMAN, MODEL GENERASI BAHARU BERCITA-CITA TINGGI
Adam Azman, nama baharu yang mula melibatkan diri dalam dunia peragaan tempatan. GLAM Lelaki bertanya beberapa soalan tentangnya.
“LELAKI ITU SEKSI APABILA HE KNOWS TO TREAT A WOMAN RIGHT.” – TISYA ONG #GLWANITAIDAMAN
GL Wanita Idaman pilihan GLAM Lelaki kali ini menampilkan pelakon dan model, Tisya Ong yang berkongsi tentang durian, lelaki idaman dan motorsports.
SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES
Selepas berpisah dengan Olivia Wilde dan digosip bercinta dengan Emily Ratajkowski, Harry Styles kini menjalin hubungan dengan jelitawan Taylor Russell.