NICHOLAS SAPUTRA IS BACK, BIKIN RAMAI SESAK NAFAS!
Hello, Doctor! We need oxygen gas ASAP!!! Berlegar desas-desus mengenai aktor dan pengarah tersohor Indonesia ini bakal membintangi sebuah filem baru berjudul Rangga dan Cinta!
Khabarnya, Produser Mira Lesmana membagikan status berkaitan filem Rangga dan Cinta melalui akuan Instagram-nya. Wanita yang dikenali sebagai Miles ini mengunggah potret bersama aktor Nicholas Saputra dan sutradara Riri Riza. Hal ini mengesahkan bahawa film ketiga dari Ada Apa Dengan Cinta? sudah memasuki tahap produksi.
Petikan dari layer tingkap yang dimuat naik oleh Mira “Keseruan yang sesungguhnya dimulai! Dengan sutradara Riri Riza dan tim produserku, Nicholas Saputra,” – sumber yang dipetik dari Kompas.com.
Namun kegirangan ini telah diredakan oleh Mira apabila dia menjelaskan bahawa Nicholas terlibat sebagai produser, bukan pemain (pelakon) dalam filem ini. Selain itu, Mira juga berkongsi foto sebuah buku hitam dengan judul Rangga dan Cinta. Filem Rangga dan Cinta telah memasuki hari pertama pengambaran yang terungkap melalui akaun Instagram rasmi Rangga dan Cinta.
Sehingga kini belum diketahui siapa saja yang akan menerajui filem ini, terutamanya karakter Rangga. Sebelumnya, proses pencarian pelakon untuk filem ini sudah berlangsung sejak Jun 2024. Agak-agaknya siapa ya?
Mengenai Nicholas Saputra
Nicholas Schubring Saputra adalah seorang pelakon dan penerbit filem dari Indonesia. Mula dikenali sebagai Rangga dalam filem hit Ada Apa dengan Cinta? pada tahun 2002, satu watak yang dihidupkannya semula dalam Ada Apa dengan Cinta? 2 pada tahun 2016. Sejak itu, aktor telah memantapkan dirinya sebagai salah seorang pelakon paling diiktiraf di Indonesia dengan dua kemenangan Anugerah Citra, iaitu Pelakon Lelaki Terbaik sebagai watak utama dalam filem Gie arahan Riri Riza pada tahun 2005 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem Aruna & Her Palate arahan Edwin pada tahun 2018.
Pautan Berkaitan: ADA APA DENGAN JEFRI NICHOL?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JACOB ELORDI: ‘BAD BOY’ PENCURI HATI
Dikenali menerusi watak-watak ‘bad boy’atau filem terbarunya Saltburn, Jacob Elordi adalah lelaki moden yang bisa mencairkan hati wanita.
MAXIME BOUTTIER TAWAN HATI LUNA MAYA
Dalam perjalanan seni Maxime Bouttier, pencapaiannya tidak hanya terbatas pada layar perak, tetapi juga dalam kehidupan peribadi yang menjadi sorotan media.
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.
MENGENANG ASHRAF SINCLAIR: HENING RINDU NOAH AIDAN SINCLAIR
Tahun ini genap 5 tahun perginya aktor terkenal Allahyarham pelakon dan pengacara terkenal, Ashraf Sinclair. Kepergiannya yang berpunca daripada serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
JEFRI NICHOL CIUM MESRA AMEERA KHAN
Pasangan hangat bercinta aktor Jefri Nichol dan Ameera Khan meragut perhatian dengan adegan mesra sehingga mengundang rasa tidak senang.
12 HADIAH UNTUK SANG JEJAKA
Dia memiliki segalanya kerana dia memiliki anda. Jadi anda mempunyai tugas besar dalam pemilihan hadiah, jadi lupakan stokin dan AirPods. Lelaki yang mempunyai segalanya juga tidak menginginkan apa-apa, jadi dia akan memberitahu anda supaya tidak bersusah payah. Ia boleh menjadi tugas yang menakutkan, tetapi biarkan kami menjadi panduan anda. GLAM Lelaki lebih mengenali jenis lelaki…